Syamsul berjaya cari wartawan mStar. Orang yg dia bersemuka bukan calang2 jugak

Syamsul berjaya cari wartawan mStar. Orang yg dia bersemuka bukan calang2 jugak

SELEPAS kira-kira empat hari situasi panas ini berlarutan tanpa ada kata putusnya, kesudahan kepada episod ini apabila Syamsul Yusof nekad datang terjah ke Menara Star, di Petaling Jaya untuk menyelesaikan kemelut antara dia dan portal ini.

Syamsul berjaya cari wartawan mStar. Orang yg dia bersemuka bukan calang2 jugak



“Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan mStar cari tapi tak jumpa” – Tajuk ini menjadi punca kepada kemarahan Syamsul yang mana antara lain intipati artikel berkenaan menyentuh mengenai ketidakhadirannya pada majlis pra-tonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC Starling Mall, Damansara pada 16 Jun lalu.

ARTIKEL MENARIK:Hanya Tinggal Tangga Batu, Ramai Sedih Lihat Rumah Allahyarham Sudirman Kini Dipenuhi Semak Samun


mStar diwakili Ketua Pengarang, Niezam Abdullah menerima kunjungan Syamsul dengan baik dan memberi peluang untuk dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
Syamsul buat kemunculan mengejut menari wartawan mStar.

“Saya betul-betul sedih, tajuk artikel ini. Seolah-olah mencabar saya. Sebab itu saya datang juga hari ni nak selesaikan masalah.

“Korang kena faham, ketika ini macam-macam dugaan saya hadapi. Hal rumah tangga, hal keluarga, anak sakit… macam-macamlah. Harap korang faham. Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan fahamlah juga keadaan saya,” luah Syamsul.

Niezam kemudian menjelaskan, pada malam pra-tonton filem itu, dia telah menghantar dua orang wartawan dan meminta mereka berjumpa Syamsul untuk berbincang secara baik berhubung insiden yang pernah berlaku pada November tahun lalu apabila portal ini menyiarkan kisah rumah tangganya sehingga mendapat reaksi kurang senang Syamsul.

Bagaimanapun kata Niezam, usaha untuk mendapatkan Syamsul pada malam pra tonton itu gagal kerana dia tidak muncul dan akhirnya portal ini mengambil pendekatan untuk berkongsi kejadian itu dalam bentuk artikel dengan judul berkenaan.

Syamsul juga meluahkan rasa terkilannya apabila wartawan mStar dalam sebuah rakaman video mengasak soalan bertubi-tubi kepada ayahnya, Datuk Yusof Haslam yang ingin tahu mengenai hal peribadi dirinya selepas dikaitkan dengan Ira Kazar.

Saya faham kerja wartawan, tapi wartawan fahamlah juga keadaan saya

“Saya rasa kurang senang, bila wartawan jumpa ayah saya dan bertanya soalan pasal hal peribadi saya bertubi-tubi kepadanya,” tambah Syamsul lagi.

Bagaimanapun selepas lebih sejam sesi luahan perasaan itu berjalan, kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berjaya menyelesaikan salah faham ini dengan baik.



Loading...


Dalam keadaan merendah diri Syamsul berkata, mungkin ada juga kesilapan pada pihaknya dan berharap perkara yang terjadi itu tidak berulang lagi.

Syamsul (kanan) bertemu Niezam untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.
Ujarnya, apa yang berlaku itu mungkin juga berpunca daripada kurangnya interaksi dia dengan wartawan sejak kebelakangan ini yang biasanya menjadi medan kedua-dua pihak berkongsi pandangan masing-masing.

Niezam juga seolah-olah tidak percaya dan agak terkejut dengan kemunculan Syamsul bagaimanapun mengambil pendekatan memohon maaf kepadanya mengenai kandungan artikel yang disiarkan telah melukakan hatinya.

Untuk rekod insiden tidak puas hati antara wartawan dan artis bukanlah perkara baharu dan ia sering kali terjadi namun langkah bijak ialah dengan meyelesaikan ia secara baik kerana kedua-dua pihak saling perlu memerlukan. Ia ibarat aur dengan tebing, yang tidak putus jika dicincang.

kredit: mstar


Kredit -Trending Sangat


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post