Dia m4ki hamun kakak, bila saya tanya terus kena ser4ng…” – Remaja ditik4m kunci terima 6 jahit4n

Dia m4ki hamun kakak, bila saya tanya terus kena ser4ng…” – Remaja ditik4m kunci terima 6 jahit4n

Remaja yang menjadi mangsa tikaman di kening kanan akibat pergelutan di Pantai Merdeka, menerima 6 jahitan. Mangsa, Nurul Najihah Azizan, 18, mengatakan suspek pernah bergaduh juga dengan kakaknya sebelum ini.

Dia m4ki hamun kakak, bila saya tanya terus kena ser4ng…” – Remaja ditik4m kunci terima 6 jahit4n



“Sebulan lalu, wanita berkenaan juga bergaduh dengan kakak.” 

ARTIKEL MENARIK:Tular rakan beri hadiah tak senon0h kat pengantin, Dr Mohd Izhar jelaskan hukumnya


Kata Najihah, dalam pergaduhan tersebut, kakaknya ada membuat laporan polis namun tidak mengambil tindakan lanjut kerana mengalah dengan suspek dan keluarganya.

“Jika diikutkan, pergaduhan antara kami dan wanita berkenaan sudah berlarutan sejak saya masih kecil tanpa diketahui punca namun kami sekeluarga tidak ambil kisah dan enggan melayan kerenahnya.

“Kami tinggal sekampung dan setiap kali berselisih pasti ada sahaja kata-kata hinaan dan ejekan wanita terbabit tanpa diketahui punca.” 


Dia maki hamun kakak, bila saya tanya terus kena serang…”

Menceritakan tentang punca pergaduhan tercetus, Najihah berkata ketika itu dia sedang menuju gerai kakaknya yang menjual mainan.

“Saya baru pulang dari Alor Setar dan terus menuju ke gerai kakak sebelum berselisih dengan wanita terbabit yang secara tiba-tiba memaki hamun dan menghina kakak tanpa sebab.”

“Saya mempersoalkan tindakannya, dia tiba-tiba naik angin dan mengamuk serta menolak troli sehingga berselerak barang jualan.”

Tanpa disangka, dia tiba-tiba diserang suspek dan berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan orang ramai yang berada di sana.

“Ketika bergelut, saya ditumbuk wanita berkenaan yang ketika itu menggenggam kunci kereta sehingga membuatkan kening kanan berdarah.

“Kejadian menyebabkan kening kanan mengalami luka yang agak dalam dan saya terpaksa menerima enam jahitan.”

“Kes berpunca kerana suspek tak puas hati dengan keluarga mangsa…”



Loading...


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata suspek yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator kilang kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, siasatan mendapati kes berkenaan berpunca daripada suspek yang dikatakan tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berhubung perniagaan dijalankan.”

Sumber:REDAKSI


Kredit -Bulletin 50 Times.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post