Ditidurkan Akibat Kurang Oksigen” Salam Takziah Buat Penyanyi Naqiu

Ditidurkan Akibat Kurang Oksigen” Salam Takziah Buat Penyanyi Naqiu

BAPA kepada penyanyi Naqiu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.05 pagi hari Ahad di Hospital Serdang, Selangor selepas hampir dua minggu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Ditidurkan Akibat Kurang Oksigen” Salam Takziah Buat Penyanyi Naqiu



Berita sedih itu dikongsi oleh Naqiu dalam satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL MENARIK:Terkejut Nabil, Elly Mazlein! Ustaz Kazim Tiba2 Buang ‘Makeup’ di Meletop


“Papa saya baru sahaja meninggal dunia pukul 6.05 pagi tadi. Saya mohon semua untuk sedekahkan Al Fatihah buat papa.

“Papa terlalu penat, lama sangat sakit. Lepas ini papa berehatlah. Papa dah boleh jumpa mama. Moga suatu hari nanti kita semua akan bertemu,” ujarnya.

Bapanya iaitu Mohd Najib sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan dimasukan ke hospital pada 16 Mei akibat komplikasi selepas terkena jangkitan Covid-19 beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Naqiu memaklumkan dia reda dengan segala ketentuan selepas bapanya ditidurkan akibat penurunan oksigen dalam badan.

“Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya,” jelasnya.

Paras oksigen menurun, bapa Naqiu ditidurkan… Bersiap sedia sebarang kemungkinan

PENYANYI Naqiu berkongsi berita duka memaklumkan bapanya terpaksa ditidurkan di Hospital Serdang, Selangor pada pagi Selasa selepas paras oksigen menunjukkan penurunan.

Menurut Naqiu, bapanya iaitu Mohd Najib, 69, sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan ini merupakan kali ketiga dimasukkan ke hospital berkenaan dalam tempoh sebulan.

“Pada pertengahan puasa, papa dimasukkan ke hospital tiga hari kerana masalah kesihatan, kemudianya beberapa hari sebelum raya sekali lagi papa menerima rawatan akibat jangkitan Covid-19.

“Jangkitan tersebut menyebabkan dia mengalami komplikasi dalaman dan saya bawa ke hospital berkenaan pada petang Isnin. Pukul 3 pagi doktor beritahu untuk tidurkan papa kerana paras oksigen menurun,” katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi perkembangan terkini, Naqiu memberitahu bapanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan doktor.

Saya reda dengan ketentuan ini namun masih berharap kesihatan papa akan kembali pulih seperti biasa
NAQIU
PENYANYI
Melihat tahap kesihatan bapanya, Naqiu berkata dia bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk yang bakal berlaku.

Bagaimanapun, dia masih meletakkan harapan agar bapanya itu segera pulih seperti sedia kala.

“Saya menjaga papa sejak dua tahun ini, saya melihat bagaimana dia berlawan dengan sakitnya. Apabila keadaan seperti ini berlaku pastinya perasaan saya risau dan bercampur-baur.

“Doktor telah maklumkan kepada kami untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan ini namun masih berharap kesihatan papa kembali pulih seperti biasa,” ujarnya.

Sebelum itu, penyanyi lagu Rindu Separuh Nyawa ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.



Loading...


Dalam muat naik berkenaan, Naqiu memohon orang ramai mendoakan agar bapanya itu diberikan kesembuhan dan segera pulih dari penyakit.

“Saya mohon jasa baik semua untuk mendoakan papa. Moga segala dipermudahkan-Nya. Semoga ada doa dalam kalangan kita yang diangkat oleh-Nya,” luahnya.

Naqiu Boboy kongsi kejadian zaman kegemilangan, peminat sanggup kelar tangan dan hampir ditikam kekasih peminat.

VOKALIS kumpulan Boboy iaitu Naqiu mendedahkan pernah berdepan situasi cemas apabila dirinya hampir ditikam kekasih seorang peminat wanita sekitar tahun 2001.

Pemilik nama Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, bernasib baik kerana ketika itu dia sempat diselamatkan pengawal peribadi yang menjaganya ketika kejadian itu.

Selain itu, Naqiu juga berkongsi peristiwa ngeri apabila peminat menggelar pergelangan tangan selepas dia selesai membuat persembahan di Sabah sekitar tahun yang sama.

“Kita dulu menjadi kegilaan perempuan sehinggakan ada teman lelaki peminat yang terlalu cemburu nak tikam saya tapi mujur terkena badan pengawal peribadi.

“Nasib baik pengawal peribadi saya itu selamat selepas dimasukkan ke hospital. Rasa-rasanya, sekitar tahun yang sama juga saya berhadapan dengan insiden yang mengejutkan.

“Habis saja buat persembahan, keluar dari pintu Fun Fair ada peminat wanita kelar tangan sambil menjerit nama saya. Masa itu, macam-macam yang saya fikir.

“Kenapa dia buat macam itu, nak kata bekas kekasih saya, tidak pun dan tak ada pula saya berbuat sesuatu pada dia,” kata Naqiu kepada mStar.

Selain Naqiu, kumpulan yang dianggotai oleh Shah (gitar), Muz (gitar kedua), Didie (bass) dan Acik (dram) pernah menjadi fenomena sekitar tahun 2001.

Habis buat persembahan, keluar pintu Fun Fair ada peminat wanita kelar tangan sambil menjerit nama saya.
NAQIU
Vokalis kumpulan Boboy

Kemunculan Naqiu yang ketika itu baru saja berusia 16 tahun menjadi kegilaan peminat wanita disebabkan suaranya seakan vokalis kumpulan New Boyz iaitu Tomok.

Dalam pada itu, peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) ini memberitahu isterinya yang dikenali sebagai Hani tidak pernah menyukai kumpulan Boboy.

Menurut Naqiu, Hani pada awal perkenalan mereka tidak mengetahui mengenai dirinya merupakan vokalis kumpulan itu disebabkan penampilan yang berbeza.

Kalau nak tahu, sebenarnya isteri saya paling tak suka kumpulan Boboy. Masa kami mula-mula kenal, dia tak tahu yang saya ini vokalis Boboy disebabkan penampilan saya.

“Waktu itu kami kenal, rambut saya panjang dan ada simpan misai dan jangut. Dia tahu pun bila ibu mertua saya yang perasaan dan tegur.

“Tapi sebab dah kenal dan sayang, nak tak nak dia kena terima saya la juga,” ujarnya sambil berseloroh.

Naqiu dan pasangan dikurniakan dua anak perempuan dan tiga lelaki berusia antara 11 bulan dan tujuh tahun.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Kredit -bulletin50times



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post