Jgn Hina Artis” – Aznil Nawawi Beri Peringatan Pada Dr Rafidah.

Jgn Hina Artis” – Aznil Nawawi Beri Peringatan Pada Dr Rafidah.

Aznil hormat tindakan Dr Rafidah memberi teguran kepada selebriti berhubung promosi produk kesihatan.

Jgn Hina Artis” – Aznil Nawawi Beri Peringatan Pada Dr Rafidah.



TINDAKAN pakar perubatan Dr Rafidah Abdullah menegur artis berhubung iklan mempromosikan produk kesihatan turut menarik perhatian pengacara Datuk Aznil Nawawi.

ARTIKEL MENARIK:Ditidurkan Akibat Kurang Oksigen” Salam Takziah Buat Penyanyi Naqiu


Menghormati pandangan pengamal perubatan terkenal itu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil memberi pesanan kepada selebriti yang dilantik sebagai duta agar mempunyai pengetahuan mengenai produk yang ingin dipromosikan.

Dalam masa sama, pengacara berusia 59 tahun ini turut meminta tiada pihak yang menghina golongan selebriti yang menjadi duta kepada sesuatu produk.


Saya hormat tindakan Dr Rafidah beri teguran kepada artis yang mewakili atau mengeluarkan sesuatu produk kerana sekurang-kurangnya kita ada pemantau dan mata-mata. Namun, jangan hina artis kerana mereka perlukan sumber pendapatan.

“Dalam masa sama pengetahuan mengenai produk serta kesannya juga penting. Setiap artis yang bertindak sebagai duta atau mengeluarkan produk (khususnya suplemen kesihatan) tak boleh kata produk mereka boleh menyembuhkan sesuatu penyakit.

“Sebab akan menyebabkan pesakit tidak mahu jumpa doktor lagi. Saya yang kini bertindak sebagai duta suplemen kesihatan selalu mengingatkan kepada orang awam supaya jangan tinggalkan ubat doktor dan temu janji hospital.

Dalam masa sama pengetahuan mengenai produk serta kesannya juga penting.
AZNIL NAWAWI
PENGACARA


“Setiap individu tidak boleh culas soal ini. Ubat adalah benda yang menyembuhkan manakala suplemen adalah untuk mempercepatkan penyembuhan dan bukan menyembuhkan,” katanya.

Aznil ditemui ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Eskayvie, iQids yang diadakan baru-baru ini.



Loading...


Sebelum ini, Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil menegur penyanyi dan pengarah, Mawi berhubung iklan promosi produk kesihatan.

Rafidah, menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya berkata, tindakan Mawi yang mendakwa ada ahli keluarganya telah merasai perubahan selepas meminum jus berkenaan adalah salah di sisi undang-undang.


Menerusi kenyataan sama di Twitter, Rafidah turut memuat naik iklan promosi produk minuman kesihatan berkaitan yang didakwa mampu mengurangkan masalah penyakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol.

Dalam pada itu, Aznil yang juga duta kepada produk kesihatan memberitahu dia sememangnya seorang pengguna tegar makanan tambahan serta suplemen.

“Kalau saya memang pengguna tegar makanan tambahan dan suplemen, kerana saya sedar gaya hidup dan pemakanan seperti pengambilan sayur dan buah tidak mencukupi menyebabkan saya memerlukan nutrisi sokongan,” ujarnya

“Tak Payah Menunggang Agama!”- Dr Rafidah Tegur Mawi?


Kenyataan yang dimuat naik oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah telah menarik perhatian warganet di laman twitter. Rafidah berkongsi sebuah iklan produk minuman kesihatan yang membantu mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Iklan itu turut memaparkan penyanyi dan pelakon Mawi atau nama sebenarnya Asmawi bin Ani menjadi duta produk.Mawi turut diihat mempromosikan produk tersebut dan mendakwa keluarganya telah mencuba dan sudah merasai perubahan.

Bagaimanapun, Dr. Rafidah membidas penjelasan yang dibuat penyanyi berkenaan dan meminta agar semua selebriti perlu memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.

Salam Mawi, Kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi akta Iklan dan Ubat 1956. Tak payah nak cerita tentang kenyataan yg menipu dan menunggang agama!”- tulisnya di laman twitter.


Sementara itu, Rafidah turut menasihati golongan selebriti supaya beretika dan membaca panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mengeluarkan kenyataan dalam mempromosikan produk kesihatan.

“Adakah semua artis / selebriti tidak beretika? Kan ada panduan utk selebriti yg KKM keluarkan. Sila lah baca betul-betul . Cukup-cukup menipu orang-orang tua.
Enough is enough.”

Terdahulu, sebuah video memaparkan Mawi menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang juga merupakan pengamal jus minuman tersebut dan berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.

Sumber : Mstar, murai viaBulletin 50 Times


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post