PETALING JAYA – Saksi warga Indonesia, Rusli Khusmin yg mendakwa melihat sendiri pesawat MH370 terhempas di lautan Sumatera membuat akuan sumpah dengan al-Quran pagi ini.
Menurutnya, dia yg berada di tempat kejadian pada pagi 8 Mac 2014 menyaksikan pesawat itu rosak, asap hitam & bau busuk asid daripada pesawat berkenaan.
ARTIKEL MENARIK:Selagi hayat dikandung badan.” – Pesara tentera kekal jual roti canai 50 sen sejak 3 dekad lalu
“Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yg patah, tiada bunyi, hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air,” katanya yg diterbangkan khas dari Indonesia, dalam sidang media di Lake View Club, di sini, hari ini.
Turut menyaksikan akuan sumpah itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Seri Nadzim Johan.
“Namun saya hampa k3rana selama dua hari meninjau perkembangannya, tiada ap4-ap4 yg timbul dari laut, tiada serpihan, hanya asap hitam & bau busuk asid,” katanya yg juga merupakan nelayan dari Pengkalan Susu Indonesia.
Bagaimanapun katanya, dia berjaya merakam kejadian pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) termasuklah badan atau bayangan kejadian pesawat yg tenggelam di dalam lautan itu.
Susulan itu Rusli hari ini menyerahkan data GPS , bukti di tapak kejadian & impak kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang & Shah Alam (CASSA) Dr Jacob George.
Sementara itu, Dr Jacob berkata oleh itu pihaknya secara rasmi akan menghantar hasil bukti ini kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad & menunggu tindakannya utk menyelesaikan perkara ini.
‘Sumpah kami nampak MH370, tapi konsulat gak percaya’
Di Indonesia, sekumpulan nelayan terlihat sebuah pesawat dalam keadaan berasap sebelum seolah-olah ‘mendarat’ di laut dekat perairan Sumatera, dekat Selat Melaka pada pagi 8 Mac 2014.
Pada tarikh sama, pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing yg membawa 239 orang terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.
Ketiga-tiga kejadian berkenaan berlaku pada tarikh sama & pada waktu yg hampir sama & dua daripadanya di lokasi sama iaitu Selat Melaka.
Timbul persoalan adakah pesawat MH370 benar-benar terhempas di lokasi berkenaan seperti disaksikan wanita warga Malaysia ketika berada di dalam pesawat & sekumpulan nelayan warga Indonesia yg sedang menangkap ikan di laut.
Ketika kejadian saya sedang mengangkat bubu bersama tiga lagi awak-awak di laut. Saya berada di dalam rumah bot sebelum dipanggil seorang awak-awak mendakwa ternampak sebuah pesawat dalam keadaan berasap.
“Pesawat berkenaan dalam keadaan ke kiri & ke kanan, namun tiada bunyi seolah enjinnya mati. Saya melihatnya dengan mata saya sendiri pesawat itu mendarat di laut sebelum tenggelam, ia tdk terhempas,” kata nelayan dari Pangkalan Susu yg terletak di Kabupaten Langkat, Sumatera Utara, Indonesia, Rusli Kusmin, 77, ketika ditemui, hari ini.
Rusli berkata, jarak antara bot dengan lokasi pesawat berkenaan terhempas kira-kira 1.5 kilometer sebelum dia bersama awak-awak mendekati lokasinya & mencari titik sebenar pesawat itu tenggelam menggunakan sistem komputer utk mengesan ikan, namun gagal.
“Ketika itu, tiada sebarang objek yg timbul. Selepas beberapa kali mencari, kami kemudian meninggalkan lokasi k3rana perlu menangkap ikan, & selepas tiga hari, kami kembali. Kali ini kami menemui titiknya selepas ternampak satu imej objek besar & padu dalam sistem komputer kami.
“Saya berpesan kepada rakan kru supaya tdk menghebohkan perkara itu, namun sebaik pulang ke darat, perkara berkenaan tersebar dengan cepat & bagi mengelak sesuatu yg tdk baik, saya membuat aduan di pejabat Konsulat Malaysia Medan.
“Bagaimanapun, aduan saya itu seolah tdk diendahkan k3rana saya tdk mempunyai sebarang bukti berhubung insiden. Tiada untung, tiada rugi kepada saya jika mereka tdk percaya k3rana saya tdk membuat ap4-ap4 tuntutan,” katanya.
Ketika di akhir pertemuan itu, Rusli memegang sebuah al-Quran sebelum bersumpah dia & tiga lagi kru menyaksikan insiden berkenaan yg dipercayai pesawat MH370.
“Saya bersumpah dengan al-Quran, saya menyaksikan sendiri pesawat berkenaan dalam keadaan berasap & bergerak ke kiri, ke kanan sebelum seperti mendarat di air lalu tenggelam,” katanya.
Sementara itu Pengerusi International Intelligence Task Force 370 (IIT370) Datuk Dr Jacob George berkata, selepas mendarat di Johor Bharu, wanita berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden yg disaksikan.
“Manakala nelayan warga Indonesia berkenaan turut membuat aduan kepada wakil pemerintah Malaysia di Medan.
“Selepas melakukan siasatan, Persatuan Pengguna Subang & Shah Alam (CASSA) Malaysia turun padang ke Pangkalan Susu di Indonesia & berjumpa dengan nelayan berkenaan, Rusli Kusmin, 77. Kami juga pernah ke lokasi berkenaan utk meninjaunya pada tahun 2017.
“Ketika itu kami tdk mempunyai aset atau teknologi utk melihat sendiri objek yg didakwa Rusli.
“Malah, pada 2014, sebuah kapal dari Greece yg sedang belayar di sekitar Lautan Sumatera diberi amaran oleh pihak berkuasa Indonesia supaya berhati-hati k3rana terdapat objek terapung tdk jauh dari lokasi pesawat berkenaan terhempas.
“Dengan bantuan imej dari satelit Tomnod milik syarikat DigitalGlobe, mereka mengesan objek pesawat MAS di tempat yg sama,” kata Presiden CASSA itu.
Beliau berkata, dia meminta supaya kerajaan melakukan siasatan menggunakan maklumat & petunjuk itu dengan menggunakan kelengkapan yg ada selain bantuan dari Indonesia k3rana pihaknya mempunyai titik pesawat berkenaan tenggelam bagi merungkai tragedi yg masih menjadi misteri kepada dunia & rakyat negara ini sendiri.
Sumber : KLV Dan Metro via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.
Post a Comment