PETALING JAYA – Memasuki usia 40-an, pelakon Jay Iswazir sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang juga pelakon Azzahra Ahmad baru-baru ini.
Jay atau nama penuhnya Ahmad Iswazir Ismail menerusi Instagram berkongsi berita gembira tersebut buat tatapan pengikutnya.
ARTIKEL MENARIK:Gitaris BPR, Haron Amat meninggal dunia. Punca kem4tian di dedahkan
“Halal partner (pasangan halal). Alhamdulillah Allah maha mengetahui jodohmu bila dan di mana.
“Tatkala cuba menutup pintu hati dan cinta, Allah bukakan pintu yang lain buat seseorang yang jauh sekali tak terjangka akan bertemu, terikat hati dan kini menjadi suami.
“Terima kasih Allah kerana hadirkan dia dalam hidup ini. Semoga kita sama-sama hingga ke syurga ya,” tulisnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut membanjiri ruangan komen pelakon filem Prebet Sapu itu dengan ucapan tahniah.
“Tahniah kamu berdua. Semoga kekal berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga tenang melayari bahtera alam rumah tangga.
“Alhamdulillah satu lagi masjid terbina. Semoga berbahagia dan selamat menempuhi fasa baharu sebagai pasangan suami isteri. Semoga kekal hingga ke jannah,” tulis mereka.
Sekadar info, kedua-dua pasangan mengikat tali pertunangan 10 hari sebelum bernikah iaitu pada 20 Mac lepas dan selamat disatukan dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rabu lalu.
Jay menamatkan zaman bujang selepas bergelar suami kepada Azzahra Ahmad yang juga seorang pelakon.
Biodata Jay Iswazir, Pelakon Drama Insan Terpilih
Siapa sangka, sebelum bergelar seorang pelakon yang disegani, Jay Iswazir atau nama sebenarnya, Ahmad Iswazir Ismail pernah berbohong kepada ibunya semata-mata untuk mengejar impian bergelar insan seni.
“Saya terpaksa menipu ibu. Ketika itu, saya sedar saya harus berpindah ke Kuala Lumpur untuk merealisasikan impian untuk menjadi seorang pelakon.
“Saya katakan kepada ibu, saya mahu menyambung pelajaran di ibu kota. Tak mungkin ibu saya beri kebenaran jika saya kata saya mahu ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon.
“Wajah saya tidak sesuai untuk bergelar pelakon. Saya sedar saya tiada rupa tetapi saya tetap meneruskan tekad kerana minat yang mendalam,” katanya dalam sebuah kenyataan kepada portal Astro Gempak.
Selepas menjulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018, Jay kini mencuri tumpuan menerusi telefilem Insan Terpilih lakonannya, yang bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada 7 September lalu.
Video telefilem itu yang dimuat naik di laman Youtube sehingga kini sudah mencatatkan 2.2 juta tontonan, dan menduduki tempat kesembilan carta sohor.
Berikut kami kongsikan butiran lanjut mengenai profilnya yang sudah bertapak dalam dunia hiburan sejak 9 tahun lalu ini.
Biodata
1. Pemilik nama penuh Ahmad Iswazir bin Ismail. Nama komersialnya, Jay Iswazir.
2. Kelahiran Ipoh, Perak pada 17 Julai 1982. Kini berusia 37 tahun.
3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.
4. Merupakan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
5. Antara drama dibintanginya seperti Karlos, Playboy Itu Suami Aku, Kahwin Muda, Cinta Tiada Ganti, Cinta Non Grata dan Bukan Cinta Aku.
6. Termasuk telefilem Churam, Kari Sanjana, Sekolah Api, Aku Nazmi dan Rezeki Tanpa Alamat.
7. Kemunculannya di layar perak menerusi filem Kanang anak Langkau: The Iban Warrior, Rempit Sampai Langit, Polis EVO 2 dan Jodoh Syaitan.
8. Penglibatannya dalam dunia teater menerusi pementasan Zulaikha, Lela Manja dan Bangsawan Dendam Laksamana.
9. Diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) menerusi telefilem Aku Nazmi.
Fakta Menarik
Bekas graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Bakatnya dikesan daripada program pencarian bakat, Pilih Kasih musim kedua yang meletakkannya sebagai pemenang tempat keempat.
Pernah berasa rendah diri kerana memiliki rupa paras yang berparut.
KOSMO! ONLINE. https://iluminasi.com/ via
Post a Comment