GITARIS kedua kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR), Haron Amat meninggal dunia akibat k4nser d4rah di Hospital Ampang, Selangor pada Isnin.
Haron atau nama sebenar Haron Ahmad, 55, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Baru Je Masuk Hari Pertama Puasa, Isteri Shuk Petik Nama Org Tak Berpuasa Terima Kec4man
Menurut anaknya iaitu Hana Nafisah Haron, arwah tidak mempunyai sejarah peny4kit kr0nik, namun kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan pada 3 Mac lalu.
“Arwah kerap demam sepanjang sebulan ini. Malah, arwah mengalami ruam pada bahagian badan, tetapi hanya diubati dengan menyapu krim kulit.
“Doktor mengesahkan arwah menghidap peny4kit k4nser d4rah dan dimasukkan ke ICU pada 3 Mac lalu.
“Selepas keluar hospital, arwah melakukan proses kimoterapi. Pernah suatu ketika, arwah demam teruk dan keluarga memutuskan untuk membawanya ke hospital,” katanya seperti dilapor BH.
Allahyarham Haron aktif dengan muzik sepanjang hayatnya.
Dalam pada itu, Hana memaklumkan jen4zah arwah bapanya selamat dikebumikan di Masjid Abu Ubaidah, Sri Rampai selepas solat Asar.
Allahyarham Haron berasal dari Kulai, Johor meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata.
Untuk rekod, BPR yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1985 oleh gitaris utamanya iaitu Norzaini Mohammad atau Awang
BPR turut dianggotai oleh Johari Mat Rozekhi (Joey), Abdul Rahim Zain (Yem Bai), Ibrahim Musa (Yem C) dan Raja Zainal Abidin Raja Hasnan (Enal).
Haron menyertai BPR pada tahun 1988 selepas Yem C meninggalkan kumpulan itu.
BPR popular menerusi lagu Dari Sinar Mata, Ku Tanggung Cinta Dusta Yang Membara dan Dendam Cinta Seusia Dunia.
kredit:mstar via
Post a Comment