Rafizi Ajak Berdebat, Sekali Najib Petik Nama Anwar. Ini Reaksi Berani Anwar

Rafizi Ajak Berdebat, Sekali Najib Petik Nama Anwar. Ini Reaksi Berani Anwar

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tetapi perlu disertai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Ajak Berdebat, Sekali Najib Petik Nama Anwar. Ini Reaksi Berani Anwar



Sindiran Ahli Parlimen Pekan itu susulan Rafizi dilapor mencabarnya berdebat mengenai isu syarikat Sapura Energy Bhd (SEB).

ARTIKEL MENARIK:Masih Ingat Syeikh Ahmad Junaidin? Hancur Kereta Kebal Rusia Diter4jang Wali Dari Kedah Ini


“Rafizi nak debat isu Sapura? Boleh. Tapi panggil bos kamu Anwar Ibrahim debat dengan saya. Kamu boleh sama-sama atas pentas untuk debat bersama atau bantu dia.

“Dua lawan satu, tiada masalah.

“Ini seperti kes Azmin cabar debat dengan saya berhubung Felda pada Pilihan Raya Negeri Johor dan saya bersetuju dengan syarat Muhyiddin yang debat dengan saya. Azmin boleh debat bersama atau bantu Muhyiddin,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya Anwar tidak mahu berdebat maka Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil.

“Jika Anwar tak ingin debat dengan saya, Rafizi boleh debat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil yang merupakan pemenang debat piala Perdana Menteri bagi tahun 1991 manakala Rafizi menang tahun 1992,” ujarnya.

Sementara itu, Rafizi mendakwa bahawa syarat yang diletakkan Najib untuk berdebat dengannya adalah sebagai alasan beliau tidak mahu melibatkan diri.

“Najib sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret Anwar sekali, sebab dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dengan dia.

“Insya-ALLAH saya sampaikan kepada Anwar dan kita sama-sama tengok alasan dan syarat baru apa pula Najib nak bagi,” katanya dalam satu hantaran di Twitternya pada Ahad.

@NajibRazak sebenarnya takut nak berdebat. Jadi dia cari alasan bagi syarat mintak heret @anwaribrahim sekali, sbb dia ingat Presiden PKR pun takut berdebat dgn dia.

In Sha Allah saya sampaikan kpd @anwaribrahim & kita sama2 tengok alasan & syarat baru apa pulak Najib nak bg https://t.co/tnrqxm7tMe

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) April 3, 2022

Anwar Dah Tunggu 10 Tahun

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdepan dan berdebat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ia demi negara dan rakyat malah beliau bersedia pada bila-bila masa boleh berdebat dengan Najib.

“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut ‘bail-out’ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.

“Memetik pantun pendekar Melayu: Tuan Puteri pergi ke Lukut, Bawa pulang kacang panjang, Sedikit pun hamba tak takut, Kalau berani turun gelanggang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima cabaran debat daripada Rafizi, namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlulah memanggil Anwar untuk berdebat sama.


Loading...


Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jika Anwar tidak mahu menyertai debat itu, Rafizi boleh berdebat dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.

Tegas Anwar, sikapnya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun yang lalu apabila pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada Najib.

“Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut,” katanya.

Dalam pada itu, Najib telah berkongsi keratan akhbar di mana Anwar menyalahkan Tun Mahathir susulan permotongan subsidi

“Anwar cuba pertahankan DAP dengan salahkan Tun Mahathir kenapa bantuan dan subsidi masa kerajaan PH dahulu banyak dipotong atau dimansuh.”

” Tapi gambar yang saya tengok di sebelah kanan itu bukan Tun M pulak?”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami


Kredit -Trending Sangat




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post