Jual ayam bukan untuk bayar duit itu – Ali Puteh

Jual ayam bukan untuk bayar duit itu – Ali Puteh

JOHOR BHARU : Mengorak langkah ke dunia perniagaan pembekalan ayam mentah bersama jenama Red Grocer, pelawak, Ali Puteh, 34, bagaimanapun menegaskan,

Jual ayam bukan untuk bayar duit itu – Ali Puteh



usaha yang dilakukan bukanlah untuk membayar sejumlah wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

ARTIKEL MENARIK:Usia masuk 40 tahun, Jay Iswazir tamat zaman bujang. Rupanya ini pekerjaan isteri dia


Menurut Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, hal itu perlu diperjelas olehnya memandangkan dia sedar akan ada mulut-mulut negatif yang akan membuat cerita tidak benar mengenainya.

“Saya baru sahaja menjalin usahasama sebagai duta untuk jenama Red Grocer. Dalam masa yang sama turut menggalas tugas sebagai rakan kongsi. Saya tahu, akan ada yang cakap kini mula berniaga sebab nak bayar duit itu tetapi bila fikir-fikir semula, netizen memang akan sentiasa bercakap pun.

“Saya memilih untuk senyum sahaja berkata terima kasih. Saya nak fokus pada kerja dan perniagaan ini saja. Saya tak kerja untuk bayar duit itu, tidak ada kaitan. Fokus berniaga ini lebih kepada fardu kifayah,”katanya.

Ali berkata demikian semasa ditemui di majlis perasmian dan pelantikannya sebagai duta di kilang Red Grocer di sini, baru-baru ini.

Selain itu, berkongsi mengenai bidang baru yang diterokainya itu, kata Ali, ia juga bukan penamat kepada perjalanan kerjaya seninya.

“Saya ini berpegang kepada pendirian untuk terus maju ke depan dalam apa sahaja yang saya lakukan. Begitu juga bila sebut tentang industri. Berniaga bukan bermakna saya akan mematikan kerja-kerja seni saya,”katanya.

“Jika masih diberi peluang untuk bermain di gelanggang seni, saya akan bermain. Saya dengan Mamak pun tak pernah membubarkan kumpulan Puteh.


Loading...


“Hal ini sudah dibincangkan awal-awal. Kalau membabitkan kerja-kerja untuk Kumpulan Puteh, kami akan bergerak sama. Kalau untuk kerjaya solo, masing-masing akan menghormati jalan masing-masing,”katanya.

Untuk info, pada 18 Februari 2022, mahkamah telah memerintahkan Ali untuk membayar kos sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya itu akibat mengeluarkan kata-kata aib di Instagramnya pada dua tahun lalu.

Ali pada masa yang sama memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.


Kredit -Seleksi Network




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post