Jodoh adalah rahsia, ada yang sudah menjangkau usia 40-an masih lagi single namun ada yang baru berusia belum 20 tahun namun sudah bergelar suami isteri.
Namun sejak akhir-akhir ini ada sahaja cerita yang kita dengar mengenai pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika masih berada di bangku sekolah.
ARTIKEL MENARIK:Anak Kena Cubit Kat Sek0lah, Ramai Marah Ibu Pergi Srang Cikgu. Sebenarnya Lain Yg Jadi
Memetik perkongsian dari portal guIapop, seorang pengguna twitter menggunakan nama akaun Marxist-Biqanist☭ telah mengulang siar semula memaparkan seorang suami sedang menghantar isteri tercinta ke sekolah.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian itu sudah menerima lebih 165 ribu tontonan dan mendapat lebih 3400 tanda suka.
Namun posting tersebut tidak menulis secara terperinci berapakah usia isteri dan suami pasangan tersebut.Namun jika dilihat dan diperhatikan, boleh dikatakan gadis atau remaja itu dalam lingkusan usia belasan tahun berdasarkan kepada baju sekolah menengah yang dipakainya.
Seperti yang dijangka, perkongsian itu telah mendapat perhatian dan kecaman dari netizen kerana rata-rata netizen meminta agar budaya kahwin muda ini tidak patut dinormalisasikan.
Ada juga netizen yang memberikan buah fikiran berdasarkan pengalaman semasa belajar dulu yang memberitahu cikgunya memesan kalau ada pelajar yang berkahwin tak boleh belajar dekat sekolah nanti kerana bimbang student lain akan ikut nak kahwin sama tanpa faham tujuan asal perkahwinan.
Meskipun jika dilihat diruangan komen, rata-rata mengecam tindakan pasangan muda itu namun ada juga yang berlapang dada dan menulis mungkin sudah tertulis jodoh mereka berkahwin awal dan kita sebagai orang luar yang tidak tahu apa-apa cerita agar tak perlulah perbesarkan perkara tersebut kerana mereka pun sudah selamat diijab kabul.
Sumber : Twitter Marxist-Biqanist☭ via
Post a Comment