Satu perkongsian terkini milik komposer dan penyanyi terkenal tanah air, Hafiz Hamidun di Instagram menarik perhatian ramai rakan selebriti dan peminatnya di media sosial.
Sah Bergelar Bapa
ARTIKEL MENARIK:“Nak Dia Duduk Atas Riba Saya?”- DSV Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan
Menerusi hantaran Hafiz di Instagram, penyanyi ini kini sah bergelar sebagai bapa kepada anak angkatnya Hamdee.
Pelatun lagu Cerita Hati ini berkongsi rasa gembira dan syukur, kerana urusan mengambil Hamdee sebagai anaknya dipermudahkan setelah dua tahun lebih anak lelakinya itu dalam jagaannya.
“Alhamdulillah.
Setelah lebih dari 2 tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur.” Kongsinya
Mohon Doa Agar Hamdee Mendapat Kasih Sayang Sempurna
Dalam pada itu, Hafiz juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan Hamdee dan berharap agar anak lelakinya itu terus dapat kasih sayang yang sempurna sehingga menjadi dewasa kelak.
“Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti.” Ucapnya
via (IG) Hafiz Hamidun
Rakan Artis Dan Peminat Titip Ucapan
Melihat perkongsian berita gembira dari penyanyi tersebut, ramai rakan selebriti dan para peminatnya menitipkan ucapan dan doa buat Hafiz dan Hamdee di ruangan komen posting hantaran tersebut.
“Alhamdulillah” ucap Adam Corrie
“Alhamdulillah” komen Zizi Kirana
via (IG) Hafiz Hamidun
“Syukur Alhadulillah.”
“Alhamdulillah dah besar dah dia”
“Alhamdulillah semoga membesar jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Aamiin”
“Alhadulillah semoga Hamdee akan terus membesar menjadi anak soleh dan berguna untuk agama, bangsa dan negara. InshaAllah” komen mereka
Tahniah Hafiz bergelar sebagai bapa, dan semoga Hamdee membesar menjadi anak yang soleh, taat dan berjaya bila besar nanti.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment