“Nak Dia Duduk Atas Riba Saya?”- DSV Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan

“Nak Dia Duduk Atas Riba Saya?”- DSV Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan

Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida tampil memberikan penjelasan selepas terdapat netizen yang mempersoalkan dirinya yang tidak makan bersama dengan pembantu rumah sewaktu berbuka puasa kerana tidak setaraf.

“Nak Dia Duduk Atas Riba Saya?”- DSV Tampil Penjelasan Isu Pembantu Rumah Makan Di Meja Berlainan





ARTIKEL MENARIK:Kecoh video Shuk Sakan dating bersama 'kekasih', Sera berlapang dada bawa diri balik Sabah


“Apa Masalah Bibik Makan Tak Semeja Dengan Saya”

Menerusi hantaran di Instagram, DSV menjelaskan bahawa dia memberi makan pada pembantu rumahnya pada waktu yang sama dengannya makan ketika berbuka.

“Yang mengejutkan saya, tiba-tiba video story durasi 15 saat itu VIRAL di TikTok dengan caption: ‘BIBIK MAKAN MEJA LAIN, TAK SETARAF’.

Apa masalah bibik makan tak semeja dengan saya? Awak nak dia duduk atas riba saya ke? Saya bagi bibik makan waktu saya makan juga, waktu berbuka dia makan di meja sana. Saya makan di meja sini dengan tenangnya.”-DSV

Tambahnya lagi, DSV turut menjelaskan bahawa pembantu rumahnya turut makan bersama dengan kakaknya yang dikenali sebagai Mok Jah seperti satu keluarga.

“Saya tak faham la. Lagipun bibik makan dengan kakak saya (Mok Jah). Macam satu family. Masalah ke? Apa masalah sebenarnya?”-DSV


Loading...


Akui Ramai Yang Sanggup Hasil Konten Mengundang Fitnah


Jutawan kosmetik menyatakan bahawa dia mengakui kini ramai orang mahu tular sanggup menghasilkan konten tanpa sebarang usul periksa sehingga mengundang fitnah. Malah dia turut meminta pihak terlibat untuk berdiam diri jika tidak ada perkara baik yang mahu dikongsikan.

“Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kecaman.

Kalau tak ada perkara baik yang nak dikongsikan dan diperkatakan, lebih baik diam.”-DSV

Pelbagai Reaksi Netizen

Di Ruangan Komen, Rata-rata netizen turut bersetuju dengan dengan pendapat DSV malah ada yang meminta DSV untuk tidak mengambil peduli terhadap kecaman yang dilemparkan padanya.

“Biar ajela netizen nak cakap apa pun dato.”

“Seeloknya bibik biar makan berasingan. Kak setuju dengan DSV”

“Kalau saya pun lebih suka makan di meja berasingan lebih selesa. Bibik ni kalau kita bagi muka sangat lain jadinya.”


Terlalu ramai pihak yang sanggup menghasilkan konten tanpa sebarang usul periksa hingga mencetuskan fitnah dan kecaman. Benar apa yang dikatakan oleh DSV itu. Adalah lebih baik untuk berdiam diri jika tidak ada perkara baik untuk dikongsikan.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post