Selepas ini semua jenama pelitup muka bukan perubatan perlu memohon perakuan dan penandaan dari Sirim, hal ini dikongsikan di akaun rasmi Twitter Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Berkuatkuasa Pada 4 Julai
ARTIKEL MENARIK:Harga seliter RON95 di Singapura adalah RM9.32
Menerusi ciapan di akaun Twitter KPDNHEP, pelitup muka bukan perubatan perlu mendapatkan penandaan MS Sirim sebelum dijual di pasaran tempatan dan ia berkuatkuasa pada 4 Julai 2022 ini nanti.
“Pelitup muka bukan perubatan kini perlu penandaan MS SIRIM” ciap KPDNHEP
PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN KINI PERLU PENANDAAN MS SIRIM#KPDNHEP pic.twitter.com/PPTwrNmXow
— KPDNHEP (@kpdnhep) April 6, 2022
Penandaan MS Sirim Diwartakan Dalam Akta Perihal Dagangan
Pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat penandaan MS Sirim pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna. Dalam pada itu KPDNHEP juga memaklumkan bahawa penandaan ini telah diwartakan dalam Akta Perihal Dagangan 2011.
via Twitter KPDNHEP
Loading...
Manakala bagi pelitup muka jenis perubatan pula perlu mempunyai penandaan nombor pendaftaran pihak berkuasa peranti perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan standard baharu ini orang ramai dapat miliki pelitup muka yang berkualiti dan selamat untuk digunakan.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment