Beberapa minggu yang lalu, tular di media sosial satu posting di aplikasi TikTok seorang wanita membawa ibunya yang kurang upaya (OKU) menaiki motosikal beroda tiga.
Payungkan ibu guna beg
ARTIKEL MENARIK:5 Anak Tergamak Lapor Ibu Kepada P0Iis, Tudvh Gadaikan Tanah PenlnggaIan Bapa Mereka
Lebih membuatkan ramai sebak adalah tindakan wanita tersebut yang memayungkan ibunya menggunakan beg untuk menahan dari teriknya matahari ketika berhenti di lampu isyarat.
Tolak bantuan kerana rasa ada yang lebih memerlukan
Walau bagaimanapun, ramai yang salute dengan penjelasan wanita itu selepas ditemubual dengan mengatakan rezekinya masih ada dan berharap mereka yang ingin memberikan bantuan menghulurkannya kepada orang yang lebih memerlukan.
Beri hadiah kereta baru
Namun begitu, rezeki sememangnya tak salah alamat apabila aktivis kemasyarakatan, Ebit Lew telah tampil memberikan bantuan dengan menghadiahkan wanita tersebut yang dikenali sebagai Kak Soleh sebuah kerenta jenis Perodua Bezza yang sudah dibayar ‘cash’.
Menurut Ebit, dia berasa sangat sebak lebih-lebih lagi di awal Ramadan ini selepas mengetahui kisah wanita tersebut dan terus ke Kuala Terengganu pagi tadi demi membantu Kak Soleh memudahkan urusan.
Rupanya pernah sambung master tapi separuh jalan
Tambahnya, Kak Soleh sebenarnya pernah menyambung pengajian ke peringkat sarjana namun terpaksa berhenti di separuh jalan kerana masalah kewangan dan perlu menjaga ibu yang kurang sihat.
Jadi, dia menggunakan motosikal beroda tiga untuk menjual aiskrim potong di sekitar Kuala Nerus Terengganu termasuk mengambil tempahan dalam mana-mana acara.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ebit Lew kerana sudi menghadiahkan kereta baru untuk kemudahan dua beranak ini.
Mereka juga mendoakan agar urusan Kak Soleh dipermudahkan dan ibunya terus diberikan kesihatan yang baik di masa hadapan.
Sumber: Facebook Ebit Lew, TikTok shihanizam, anaz_aziz
Kredit -Bulletin 50 Times.
Post a Comment