Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memastikan pengeluaran khas RM10,000 yang baharu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipermudahkan.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perbincangan mengenai perkara tersebut juga telah selesai dilakukan. “Saya baru habis berbincang dengan KWSP. Mereka akan memastikan agar pengeluaran khas KWSP ini dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
ARTIKEL MENARIK:Pencarum KWSP dibenarkan keluar simpanan cecah RM10,000… PM minta rakyat fikir masak-masak!
Pada Rabu, kerajaan mengumumkan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat. Bagaimanapun katanya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Ramai Yang Dah Sabar, Akhirnya Pihak Kwsp Bagi Tahu Syarat Dan Tarikh Untuk Rakyat Buat Pengeluaran 10k. Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April nanti. Pihak KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, permohonan tersebut juga akan ditutup pada penghujung bulan depan dan tempoh pembayaran akan dilaksanakan sebelum 20 April 2022. Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” maklum kumpulan tabungan pekerja itu. Ismail Sabri dalam Sidang Media Khas mengumumkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik Covid-19. Dalam sidang akhbar khasnya, Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.“Justeru, hari ini (Rabu) kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran khas RM 10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah usia 55 tahun bermula 1 April ini. Menurut kenyataan KWSP, permohonan akan berakhir pada 30 April manakala tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April. Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM 10,000 dan minimum RM 50, dan perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” jelasnya
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan, sebelum membuat keputusan mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka. Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka. “Keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 menunjukkan tanda prihatin terhadap isu yang melanda rakyat, terutama membabitkan pencarum KWSP.
Walaupun ekonomi semakin pulih, ada beberapa kumpulan masyarakat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19, termasuk musibah banjir baru-baru ini. “Namun, kerajaan perlu memastikan ada ruang dan peluang untuk pencarum mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan kewangan secara berterusan, sebagai contoh melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), bagi memastikan pengeluaran secara optimum dan tidak disalahgunakan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000, bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana melibatkan simpanan hari tua rakyat, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. Bagaimanapun, Ismail Sabri merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak, dan berharap mereka membuat pertimbangan sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Sementara itu, pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata pencarum juga perlu memikirkan keperluan sebenar, sebelum membuat pengeluaran kerana ia membabitkan kesan jangka panjang kedudukan kewangan mereka selepas bersara. Beliau berkata, di Malaysia, 35 peratus rakyat kurang pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, manakala 65 peratus langsung tiada pengetahuan berkaitan aspek berkenaan. Ada pencarum yang merasakan pengeluaran (KWSP) adalah hak mereka tanpa memikirkan masa hadapan…mereka fikir jangka pendek sahaja. Kalau boleh, elaklah keluarkan.
Cuma realitinya memang ada kumpulan rakyat yang amat memerlukan (pengeluaran KWSP). Justeru, kerajaan perlu melihat perkara ini dengan lebih terperinci, termasuk menyediakan khidmat nasihat sama ada secara formal atau pun tidak formal, termasuk memberi khidmat kaunseling kepada pencarum, bergantung kepada keperluan mereka, katanya. Bagi pekerja swasta, Mariam Abdul Rahman, 38, ‘khabar gembira’ itu sudah lama dinantikan bagi menjelaskan tunggakan pinjaman perumahan, yang gagal dijelaskan akibat kekangan kewangan. Tambah menyukarkan, suami juga kehilangan pekerjaan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), selain nama disenarai hitam, katanya.
Pengumuman itu turut mendapat reaksi positif orang ramai yang membanjiri ruangan komen Facebook Perdana Menteri, dengan ucapan syukur dan terima kasih. Pengguna Facebook dengan nama akaun Hasni Abd Ghani, menzahirkan rasa lega dengan kebenaran itu yang sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesusahan dan keperitan hidup mereka yang terkesan. Moga langkah ini memberikan nafas baharu bagi mereka yang betul-betul kesempitan untuk menempuhi kehidupan seterusnya, katanya. Monica Leong Peik See pula menyatakan Akhirnya ia dibenarkan! Syukur pada Tuhan. -BERNAMA
Lepas Je Kerajaan Umumkan Pasal Pengeluaran Kwsp, Sekali Rakyat Tak Dapat Nak Akses Laman Web Kwsp. PENGUMUMAN PM tentang pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 dianggap seperti khabar gembira untuk rakyat Malaysia. Lepas je DS Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman itu pada pukul 1.30 petang, Rabu, rata-rata warganet tampil luahkan rasa kelegaan dan rasa gembira di media sosial. Semakan kami sekitar jam 2 petang Rabu mendapati laman web KWSP mengalami kesukaran untuk untuk diakses secara normal oleh para pencarum. Malah, ramai yang turut mengalami kesukaran untuk mendaftar masuk (log in) bagi membuat semakan akaun masing-masing.
Selain laman web KWSP, aplikasi KWSP i-Akaun juga tak dapat diakses oleh pengguna. Gangguan teknikal itu dipercayai berlaku kerana trafik sesak dalam laman web dan aplikasi tersebut. Difahamkan, ramai pencarum cuba mengakses akaun masing-masing selepas pengumuman rasmi PM sebentar tadi. Aplikasi KWSP dah mula loading, masing-masing tengah tengok balance ke tu. Saya tak boleh bayangkan jumlah trafik online KWSP sekarang. Sistem tergendala dalam setengah jam selepas pengumuman. Down terus website KWSP ni, tulis beberapa warganet. Selain komen mengenai kesukaran akses laman web dan aplikasi KWSP, ramai yang turut meluahkan pendpat masing-masing mengenai pengumuman itu.
Alhamdulillah. Jangan risau. Nanti kami kerja, kami carumlah balik, tulis seorang warganet di ruangan komen Instagram mStar. Selain itu, ada netizen turut menyatakan hasrat membuat pengeluaran itu demi menyambut kedatangan bulan suci Ramadan tidak lama lagi. Ada juga rakyat yang berkata berkata mereka mahu membuat pengeluaran demi membayar hutang, membaiki kediaman serta kereta yang rosak ketika bencana banjir baru-baru ini. Terdahulu, Ismail turut memberi nasihat agar pencarum berfikir masak-masak sebelum membuat pengeluaran tersebut.
Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. Ada yang rakyat yang meluahkan hasrat memanfaatkan wang RM10,000 itu untuk menyambut kedatangan Ramadan. Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak. Saya berharap mereka yang mencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan, kata Ismail dalam sidang medianya. Untuk rekod, kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lalu.
Mengenai Pengeluaran KWSP RM10k, Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion membabitkan 7.34 juta pencarum sejak penularan wabak melanda negara dua tahun lalu. Berdasarkan dapatan kajian dan penyelidikan menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas wabak ini, terdapat dalam kalangan keluarga Malaysia yang masih terjejas dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan mereka.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Oleh itu, hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000. Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ini adalah keputusan yang susah kerana ia melibatkan simpanan hari tua orang ramai dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa depan. Walaupun Kerajaan telah memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, saya merayu kepada pencarum untuk mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
KUALA LUMPUR, 15 Feb – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpendapat masa yang paling tepat bagi kerajaan membenarkan pengeluaran khas kali terakhir i-Citra bagi ahli yang terjejas ialah selepas dividen 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar kepada pencarum tidak lama lagi dan sebelum hari raya.
Katanya, dengan sokongan yang diumum Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari semalam, beliau lebih optimis bahawa menteri-menteri PN akhirnya tidak lagi membantah tetapi akan menyokong permintaan pengeluaran khas ini dan ianya akan menjadi realiti. “Harap ketua pemuda PN/PAS seorang ini akan berusaha untuk memujuk presiden PPBM dan PAS serta menteri-menteri PN bagi memberi sokongan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Jelasnya, biarpun prestasi Bursa Malaysia antara paling teruk dalam dunia bagi tahun 2021 lepas akibat darurat menggantung Parlimen serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separuh masak berbulan-bulan lamanya, ketidakstabilan politik dan aliran keluar dana asing yang sangat besar sejak PIlihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun prestasi bursa saham negara-negara lain adalah luar biasa baik dan telah berulang kali mencatat paras tertinggi dalam sejarah.
“Jadi, prestasi KWSP bagi tahun 2021 lepas adalah lebih baik sebab pelaburan luar negara tabung itu terutamanya di Amerika Syarikat mendapat pulangan yang sangat baik. “Walaupun ianya masih rendah berbanding kadar 6.9% bagi dividen tahun 2017 sebelum ekonomi merudum selepas PRU-14, ramalan dividen antara 5.2% hingga 6% bagi tahun lepas masih pada kadar yang baik,” katanya.
Dahulu ujarnya lagi, ramai yang kritik beliau kerana pernah membuat kenyataan bahawa KWSP mahu membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan bukan hanya di Malaysia ketika membuat lawatan ke atas Presiden negara berkenaan. Di dalam media sosialnya itu juga Najib melampirkan graf yang menunjukkan prestasi Bursa Malaysia berbanding bursa saham negara asing bagi tahun 2021.
Terdahulu Datuk Seri Najib Razak ‘menasihati’ Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari agar tidak cepat putus asa membantah cadangan UMNO supaya dibenarkan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mantan Perdana Menteri itu berkata, penyelesaian cadangan yang dikemukakan itu akan selesai sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengajak pemimpin Perikatan Nasional bersama-sama memberi sokongan.
“Penyelesaiannya amat mudah sekiranya hasrat YB benar-benar untuk sokong pengeluaran i-Citra RM10,000 kali terakhir ini. “Ianya bukan lagi syarat ‘meminang’ Puteri Gunung Ledang atau pun cubaan propaganda kamu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini. Beliau berkata demikian menjawab kenyataan Ahmad Fadhli menerusi Facebooknya yang menyatakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri memaklumkan kerajaan tidak hasrat untuk membenarkan pengeluaran i-Citra KWSP kali kedua.
Pemimpin muda Pas itu kemudiannya menegaskan, bagaimana ada sebahagian pemimpin UMNO berkeras menyebut ia keputusan ‘tanpa rela’ Perdana Menteri? “Akuilah hakikatnya Perdana Menteri dari UMNO sendiri sebenarnya tidak bersedia laksanakan keputusan ini. Kenapa masih bermain wayang. “Beri ruang selesa kepada Perdana Menteri untuk buat pertimbangan berasaskan kemampuan kerajaan. Janganlah perlekehkan Perdana Menteri dari parti sendiri seolah-olah jadi ‘puppet’ semata-mata,” tulis Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu.
Najib menjawab hantaran facebook Ahmad fadhli Shaari. Beliau meminta Ahmad Fadhli menggesa pemimpin Pas dan Bersatu mengeluarkan kenyataan umum buat kali pertama bagi meminta Perdana Menteri meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000 kali terakhir itu. Katanya Najib lagi, Ahmad Fadhli juga perlu meminta kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Hadi Awang kononnya gesaan itu sebagai antara syarat sokongan mereka bagi kerajaan hari ini.
“Sekiranya Presiden UMNO, Pas dan PPBM sebulat suara mendesak agar permintaan ini diluluskan serta-merta, adakah ada kemungkinan bahawa Perdana Menteri kesembilan akan tolak? “We are all depending on you now, YB. Sila usahakan,” sindirnya sambil mengingatkan pemimpin muda Pas itu bahawa Ismail Sabri hanya menyampaikan keputusan mesyuarat Kabinet sahaja pada hari itu. – MalaysiaGazette
viaKredit -
Post a Comment