Bekerja sambil belajar bukanlah satu perkara yang mudah terutama sebagi seorang selebriti. Mizz Lahar turut terpegun dengan semangat Intan Najuwa.
Malah Intan akui tidak ada waktu yang tetap buat dirinya untuk belajar, sebaliknya dia jalan saja selagi boleh. “Nak tunggu tidak sibuk atau susun jadual memang tak akan jadi. Selit saja waktu yang kosong untuk belajar. Tengah jalan dalam kereta juga boleh hafal macam-macam.
ARTIKEL MENARIK:“Kita Sama!” – Aksi Zarina Anjoulie Duduk Atas Lantai Di Pasaraya Curi Perhatian Netizen
Balik penggambaran juga boleh belajar sebelum tidur. Jadi tipsnya buat dan teruskan saja,” kongsinya.
Intan sememangnya seorang pelajar dan juga pelakon yang sangat tekun gara gara gigih mencari masa hanya untuk ilmu. Malah apa yang dibuat olehnya pasti boleh dijadikan sebagai teladan pada golongan yang masih belajar walaupun bekerja. Ianya juga boleh dijadikan sebagai seorang artis contoh. Malah jurusan yang diambil bukanlah sesuatu yang mudah. Sumber: K!Online
Dah La Cantik Pandai Pulak Tu. Hasil Usaha Buat Ramai Yang Terkejut Bila Tengok Keputusan Intan Najuwa. Nama pelakon wanita, Intan Najuwa Abdul Wahid , 25 rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajahnya kerap kali menghiasi drama-drama bersiri di kaca televisyen dan sering memerankan watak utama. Dalam kesibukannya di lokasi pengambaran, Intan sama sekali tidak melupakan impiannya yang ingin terus menyambung pelajaran bagi menggenggam pengikhtirafan dalam pendidikan. Ketika ini, pelakon cantik tersebut sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Asasi Undang-Undang di salah sebuah kolej di Singapura. Jadi, menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi TikTok, Intan telah memuat naik beberapa momen ketika dia gigih belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan tenaga pengajar.
Usaha keras yang dilakukan sehingga kurang tidur serta rehat itu membuahkan hasil setelah memperoleh skor A dalam subjek yang diambil. Sudah tentu keputusan yang diperoleh membuatkan dirinya berasa bangga serta bersyukur kerana semua hasil kerja keras yang dilakukan selama ini terbalas. “Semua malam tanpa tidur membuahkan hasil. Jom next gerak ke semester seterusnya wehu,” tulisnya.
Sebelum ini, pelakon tersebut pernah berkongsi momen menyiapkan tugasan kuliah sewaktu berada di dalam pesawat menuju ke London, United Kingdom untuk bercuti. Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh aktres kelahiran Johor Bahru itu, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Mereka juga mendoakan agar Intan dapat meneruskan pengajiannya dengan lancar dan segala urusan pelakon wanita itu dipermudahkan.
Sumber: OMM
“Pertama kali saya buat perkara-perkara tersebut” – Intan Najuwa. Pelakon berbakat, Intan Najuwa mengakui watak Dilaila yang dilakonkannya di dalam drama terbaharu, Bunga Hati berbeza dengan karakter yang pernah dibawakannya sebelum ini. Kata Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, watak tersebut cukup mencabar kerana melibatkan banyak adegan lasak yang memerlukan ketahanan fizikal. “Dilaila agak lasak. Jadi ada adegan terjun sungai, masuk selut dan terjun bendang. Pertama kali saya buat perkara-perkara tersebut. Jadi ia menarik dan menjadi pengalaman yang tidak boleh dilupakan,” katanya. Kata anak kelahiran Johor Bahru ini, bekerja dalam musim pandemik cukup mencabar memandangkan banyak perkara yang perlu diambil kira dan dijaga lebih-lebih lagi soal keselamatan.
“Kena jaga prosedur operasi standard (SOP). Tak boleh cuai. Agak susah juga, sebab kerja dalam kumpulan dan orang ramai. Kena lakukan ujian saringan Covid-19 untuk pastikan semua sihat,” katanya lagi. Tambah Intan lagi, selain proses penggambaran yang kebanyakannya diadakan di kawasan terbuka, dia, pelakon dan kru penggambaran yang lain terpaksa bergerak ke luar ibu kota memandangkan proses rakaman berjalan di Perlis. “Banyak adegan luar. Jadi perlu berdepan hujan dan panas. Shooting pula dilakukan di Perlis. Oleh itu, kena sesuaikan diri di tempat orang,” tambahnya. Disoal tentang pengalaman berlakon dibawah arahan pengarah Jamal Khan dan Che Mi, Intan memberitahu dia selesa lebih-lebih lagi kedua-dua pengarah saling membantu menjayakan karakter dilakonkannya. “Jamal dan Che Mi sangat membantu untuk saya bawakan karakter. Untuk setiap adegan, kami sama-sama berbincang,” jelasnya. Sumber: Utusan.my
Gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa hangatkan ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’, penerbit lega drama dapat sambutan. Jaja Ishak (kiri) puji lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa. Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa yang sedang ditayangkan slot Samarinda TV3 kini mendapat sambutan penonton. Bersyukur dengan maklum balas positif yang diterima, penerbit drama berkenaan iaitu Jaja Ishak mengakui terpaksa menempuh pelbagai cabaran untuk menyiapkan naskhah tersebut. Menurut Jaja, mereka terpaksa menangguhkan penggambaran yang sepatutnya dapat diselesaikan awal disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Memang banyak cabaran yang kita hadapi untuk menyiapkan drama ini. Sebenarnya kami telah memulakan penggambaran awal tahun 2021. Namun kerana kekangan PKP yang dilaksanakan ketika itu, kami terpaksa menangguhkan penggambaran dan menyambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri. Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Melihatkan sambutan hangat daripada peminat, itu menambahkan lagi semangat kami,” katanya.
Apa-apa pun saya bersyukur kerana dapat menyiapkan naskhah ini seperti mana yang dijadualkan. Selain Idris Khan dan Intan Najuwa, drama itu turut dibintangi oleh Wafariena, Shakilla Koriri, Shazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Raja Azmi, Farhan Asri, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Dalam pada itu, Jaja bersyukur kerana drama yang menggandingkan Idris dan Intan itu menjadi perhatian peminat kerana jalan cerita yang ditampilkan. Malah, Jaja juga berasa bertuah dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat yang berjaya menjiwai watak masing-masing. “Jika diikutkan jalan cerita yang dipersembahkan dalam drama Saat Kau Takluk Cinta Ini begitu kuat dan penuh dramatik. Saya berasa beruntung kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon hebat kali ini. Semua memberikan kerjasama yang baik. Dalam masa yang sama terus menghidupkan watak mereka. Saya harap drama ini terus diterima ramai dan memberikan sesuatu yang baharu kepada semua,” ujarnya. Baru-baru ini, Jaja turut melancarkan lagu Takdir nyanyian penyanyi Aliff Iskandar yang dijadikan runut bunyi untuk drama tersebut. Sumber: Mstar
Bercuti Di London Tapi Tetap Ulang Kaji & Jawab Exam, Salute Pada Intan Najuwa! – “What Is Holiday? #LawStudentLife” Pelakon jelita Intan Najuwa menarik perhatian ramai apabila tidak lupa untuk mengulang kaji pelajaran demi menjawab peperiksaan walaupun dia kini sedang bercuti di London, United Kingdom.Menerusi laman sosial Instagram, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, memuat naik foto sedang menelaah subjek undang-undang di dalam sebuah teksi di London. Sebelum itu juga, Intan yang membawa komputer ribanya ketika bercuti dilihat beberapa kali mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sewaktu berada di lapangan terbang serta di dalam penerbangan.
“Wait, holiday? What is that #lawstudentlife,” tulisnya di ruangan kapsyen. Difahamkan Intan turut mengambil peperiksaan secara dalam talian pada Rabu dan berkongsi momen tersebut ketika menjawabnya di sebuah kafe yang terletak berhampiran dengan hotel penginapannya di London. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Intan yang terpaksa berdepan dengan peperiksaan sewaktu bercuti. Tidak kurang juga ada yang memberikan pujian buat pelakon drama bersiri Bunga Hati itu yang dilabel sebagai ‘beauty with brain’. “Girl we all stan beauty with brains. Wishing you the best of luck,” komen seorang wargamaya.
“Cant relate boleh belajar dalam kereta,” kata seorang wargamaya. “Yes Intan tak tahu apa itu holiday kerana dia takde holiday. Keep work hard and keep rocking,” sokong seorang wargamaya.“Good luck and all the best untuk exam.Hope to hear you pass with flying colours,” ucap seorang wargamaya. “Salute! Wish u luck,” ujar seorang wargamaya. “Belajar rajin-rajin sampai PhD,” tulis seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 25,000 tanda suka daripada pengikutnya. Sekitar Disember lalu, Intan mendedahkan dia kini sedang menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di kolej BAC di Singapura. Sumber: Gempak via
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment