Banyak Berjasa Jazz Dan Alphard, Ini Harga Mercedez Benz G Class Yang Syahmi Sazli Beli

Banyak Berjasa Jazz Dan Alphard, Ini Harga Mercedez Benz G Class Yang Syahmi Sazli Beli

“Selamat jalan Jazz & Alphard. Terima kasih atas jasa sebelum ini,” Inilah perkongsian yang dibuat oleh Youtuber terkenal Syahmi Sazli di hantaran rakaman instagram terbarunya. Jelas dalam rakaman terbabit,

Banyak Berjasa Jazz Dan Alphard, Ini Harga Mercedez Benz G Class Yang Syahmi Sazli Beli



Syahmi akur untuk melepaskan 2 kenderaan mliknya yang memberi nilai sentimental yang tinggi kepada pemilik barunya. Namun, kereta jenis Honda Jazz tersebut merupakan antara kenderaan yang amat disayang dan mempunyai banyak kenangan bersama isteri. Menerusi sepotong rakaman di Tiktok, Syahmi dedah kenderaan terbaru miliknya yang dibeli untuk menggantikan 2 buah kenderaan yang telah pun dijual. Lebih terkejut lagi, model Mercedes-Benz G Class ataupun turut dikenali sebagai G-Wagon itu kini berada di rumah milik Syahmi ketika ni, yang membuktikan sudah pun menjadi miliknya. Dalam rakaman terbabit, jelas kelihatan Syahmi telah pun mengubah suai dengan menukar rim, grill dan juga head lamp terbaru di kenderaan miliknya itu.

ARTIKEL MENARIK:Terpegun Dengan Semangat Intan Najuwa, Semangatnya Boleh Dijadikan Teladan Buat Ramai


Sekitar 2 minggu lepas, Syahmi tampil dedahkan foto berdiri segak di sebelah G-Wagon hitam di sebuah kedai automotif. ” Ai, rasa nak buat hadiah cabutan bertuah kereta ni pula,” dedahnya. Mercedes-Benz G Class merupakan kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah antaranya fungsi urutan pada kerusi hadapan, stereng 18 inci, kemasan kulit dan banyak lagi. Antara selebriti terkenal yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz G Class ialah Ranbir Kapoor, Arnold Schwarzenegger dan Megan Fox.Berdasarkan carian kami di Internet, harga Mercedes-Benz G Class baharu berharga hampir RM1 juta, manakala untuk AMG G63 pula kira-kira RM1.4 juta. Sumber: Gempak

Syahmi Sazli buat ‘house tour’ rumah baru, peminat puji ada bilik Yoe & Asif sekali. Jika kita peminat drama spontan di  YouTube pasti mengetahui berkenaan saluran Youtube milik YouTuber terkenal, Syahmi Sazli. Baru-baru ini, Syahmi telah tersenarai dalam top 5 Pelakon Lelaki Filem Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-34 dan kejutan itu pastinya membuatkan para peminat YouTuber berkenaan gembira walaupun tidak memenangi trofi. Dia yang merupakan antara YouTuber paling berpengaruh di Malaysia sememangnya telah berjaya memperolehi hasil kerja kerasnya selama ini dan sangat bersyukur dengan rezeki yang diraih menerusi platform sosial media.

Buat ‘house tour’ rumah baru. Susulan daripada itu, Syahmi yang menetap di Kelantan telah pun berhasil membina sebuah rumah untuk ahli keluarganya. Jadi, menerusi Instagram selebriti tersebut, dia telah membuat ‘house tour’ sekitar rumah buat tatapan para peminat. Ada bilik untuk Yoe dan Asif jugak. Apa yang paling menarik tumpuan ramai adalah bilik dua orang pelakon dalam drama spontan di saluran Syahmi Sazli iaitu Yoe dan Asif Suhaimi. Dapat dilihat bilik tersebut lengkap dengan katil dan kemudahan-kemudahan lain untuk keselesaan mereka. Ramai yang puji sediakan bilik buat Yoe dan Asif. Rata-rata peminat memuji tindakan Syahmi yang menyediakan bilik khas buat Yoe Parey dan Asif Suhaimi memandangkan dua pelakon itu sering menginap di rumahnya. Mereka juga turut kagum dengan dekorasi rumah Syahmi yang sangat tersusun dan cantik. Tak hanya itu, ucapan tahniah juga diterima YouTuber berkenaan kerana berjaya membina sebuah rumah hasil titik peluhnya. Sumber: Ohmymedia

Syahmi Sazli tak merungut ‘income’ YouTube jatuh… lega dapat bantu jiran ‘buat duit’ RM100,000 dalam masa 2 minggu. Syahmi akui pendapatan menerusi YouTube dan Facebook terjejas teruk. Hampir empat bulan saluran YouTube ‘bersawang’ tanpa video baharu, ramai yang tertanya-tanya tentang pendapatan YouTuber Syahmi Sazli ketika negara masih berdepan pandemik CvdI9. Mengakui terjejas, Syahmi, 26, bagaimanapun berkata situasi itu membuatkan dia lebih kreatif untuk mencuba sesuatu yang baharu menerusi perniagaan di laman e-dagang. Lebih mengagumkan apabila dia juga berupaya membantu jirannya di Kota Bharu, Kelantan untuk menjana pendapatan bersih sekitar RM100,000 dalam masa hanya dua minggu.

“Saya hanya nak tolong jiran yang ada perniagaan kedai makan, tapi sepanjang arahan lockdown baru-baru ini pendapatan dia makin terjejas. Dia datang minta tolong saya jualkan kuah mukbang, dia dah tak boleh bayar sewa kedai. Jadi saya pun tolong jual di Shopee. Alhamdulillah Tuhan nak tolong dia… untung bersih kira-kira RM100,000 dan jiran saya tu dapat RM70,000,” katanya. Kuah mukbang yang sudah terjual sebanyak 12,000 botol itu merupakan kuah segera yang sedia dimakan dengan makanan laut seperti udang, ketam, siput, kerang dan sebagainya.

Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube… Alhamdulillah. Tambah pengarah filem Mael Totey The Movie ini lagi dia terlebih dahulu memulakan bisnes di laman e-dagang berkenaan dengan menjual pewangi kereta. Akui bintang media sosial yang turut mengetengahkan bakat orang kelainan upaya (OKU) seperti Mohd Asyiff Suhaimi dan Muhammad Ashrul Hakim Lukman (Yoe Parey) ini, pendapatan menerusi bisnes berkenaan melebihi apa yang diperolehi daripada YouTube dan Facebook. “Sepanjang PKP ni YouTube dan Facebook memang terjejas teruk sebab tak boleh buat content, hanya bergantung kepada hasil tontonan video-video lama. Tapi Alhamdulillah Allah buka hati saya untuk mulakan bisnes walaupun sebenarnya ia sekadar try and error je. Tak sangka pula pendapatan daripada bisnes ni lagi banyak daripada hasilkan video YouTube…  Alhamdulillah,” katanya. Sumber: Mstar

ISTERI SYAHMI SAZLI MASUK HOSPITAL- HAMIL ANAK KEDUA, ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA AIR KENCING “Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada jangkitan kuman dalam air kencing. Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye,” itulah kata pengarah dan Youtuber, Syahmi Sazli yang memaklumkan isterinya, Anissa Faizul kini sedang menerima rawatan di KPJ Penang Specialist Hospital selepas doktor mendapati ada jangkitan kuman pada air kencingnya. Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Syahmi berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut ketika sedang menjalani sesi pengambaran filem terbarunya yang berjudul ’35mm’. Jelasnya lagi, isterinya itu terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di hospital. Dikesempatan itu juga, Syahmi turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan isterinya itu agar segera sembuh seperti sedia kala.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga isteri Syahmi akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Untuk makluman, Syahmi dan Nissa telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah. Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Nissa memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua. Sumber: Edisi Siasat

Filem pertama selebriti Youtube Syahmi Sazli kini di Astro First. Selebriti Youtube terkenal tanah air, Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif Suhaimi sering berjaya mencuri tumpuan penonton menerusi video pendek yang dihasilkan sehingga tular. Setakat ini, kesemua 24 episod drama spontan tersebut telah mencatat 94.74 juta tontonan selepas dimuat naik kira-kira Jun tahun lalu. Gelagat mereka yang bersahaja dengan menggunakan dialek Kelantan dalam menjayakan karakter yang dibawa ternyata memberi kelainan buat tontonan penonton.z


Loading...


Sokongan peminat yang sering menantikan konten terbaru daripada mereka, mendorong Syahmi Sazli tampil dengan filem arahan pertamanya, ‘Mael Totey The Movie’. ‘Mael Totey The Movie’ (MTTM) mengangkat genre drama komedi dan akan menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai hari ini. Gelaran ‘totey’ sememangnya tidak asing dalam kalangan masya-rakat Kelantan. Watak utama yang dibawa oleh Syahmi Sazli di dalam filem, bakal menterjemahkan gelaran tersebut menerusi karakternya. Turut membintangi filem adalah selebriti Youtube Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

Syahmi Sazli berkata, “Sebelum ini saya ada terlibat sebagai pelakon dalam sebuah filem. Bermula dari situ, rata-rata peminat memberi galakan untuk hasilkan filem saya sendiri. Kebetulan memang sudah ada idea asal Mael Totey tetapi ia untuk drama bersiri bagi tayangan di televisyen. “Selepas berbincang, akhirnya karya ini diangkat menjadi filem. Perasaan saya sangat gementar kerana ini adalah kali pertama mengarahkan filem dan berlakon sekali. Dalam pada itu, saya juga gembira kerana berpeluang untuk bekerjsama lebih rapat dengan barisan kru berpengalaman luas dalam penghasilan filem. Semoga filem pertama arahan saya ini dapat diterima penonton dan mampu menjadi pemangkin buat saya bersama tenaga produksi untuk terus berkarya,” katanya.

Manakala Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Astro Shaw membawakan filem hasil produksi dan arahan pertama selebriti media sosial, Syahmi Sazli terus ke pawagam rumah anda, Astro First. Jika sebelum ini peminat hanya dapat menyaksikan drama spontan lakonan Syahmi Sazli, Yoe Parey dan Asif hanya di platform media sosial dengan durasi video kurang 20 minit, tetapi kali ini peminat boleh menonton mereka lebih lama dengan kualiti filem. Ini adalah sesuatu yang baru buat industri perfileman di mana Youtuber beralih ke skrin yang lebih besar seperti filem. Kreativiti Syahmi dalam menyampaikan penceritaan membuatkan penonton sering menanti karya seterusnya daripada beliau.

“Keterujaan tersebut bukan sahaja dapat dilihat menerusi respon daripada video pendek yang dihasilkan sebelum ini, tetapi juga menerusi video teaser filem MTTM yang telah dikongsikan di platform media sosial pada minggu lalu. Video tersebut telah meraih lebih 1.2 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Ramai peminat dan penonton meluahkan rasa teruja. Kami harap penonton dapat berhibur dengan MTTM, lebih-lebih lagi dapat mengisi masa buat mereka yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).”

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha belajar Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. Saksikan filem ‘Mael Totey The Movie’ di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480. Sumber: Utusan Borneo viaEra Kini


PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post