Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) menasihati orang ramai terutamanya bagi pencarum untuk tidak terpedaya dengan perkongsian mengenai iklan permohonan Pengeluaran Khas di media sosial.
Dalam satu perkongsian daripada Facebook KWSP memuatnaik satu gambar di mana ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan link palsu tentang permohonan Pengeluaran Khas di laman Twitter.
ARTIKEL MENARIK:Pencarum KWSP dibenarkan keluar simpanan cecah RM10,000… PM minta rakyat fikir masak-masak!
Selain itu, KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan permohonan Pengeluaran Khas anda.
Justeru itu, maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat.
Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.
Jelasnya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. Bagaimanapun, para pencarum perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahu lalu, kerajaan telah pun membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum.
Sumber: FB KWSP via Siakap Keli.
Post a Comment