Sejak semalam kecoh dengan reaksi orang ramai apabila mengetahui seorang wanita yang digelar ‘Kaklong’ malah dijemput bagi satu rancangan temubual di sebuah stesyen TV.
Rata-rata meluahkan rasa tidak bersetuju serta tidak berpuas hati selain merasakan individu tersebut sangat tidak sesuai untuk ‘dijulang’ susulan tindakan kasarnya yang pernah viral sebelum ini.
ARTIKEL MENARIK:“Deml Maruah 0ku..” Wakil 0KU Buat Laporan Dkwa KakLong ‘Ejek’ Golongan 0ku
STESEN TV AMBIL KEPUTUSAN UNTUK TANGGUH SIARAN TERSEBUT KERANA RISAU KES KAKLONG INI MAKIN BURUK
Tak lama selepas itu, stesen TV yang berkenaan akhirnya mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang respon diterima. Dalam statement tersebut, pihak produksi menegaskan kehadiran wanita bernama Wan Noor Baizura tersebut dalam rakaman turut disertai seorang pendakwah yang bertindak memberi teguran serta pengajaran susulan perkongsian viral baru-baru ini. Dek kerana kecaman yang diterima, mereka mengambil keputusan untuk menangguh sementara tayangan episod tersebut.
Namun tak sampai 24 jam lagi berita tentang tayangan rancangan itu ditangguhkan, satu rakaman terbaru sewaktu Kaklong sedang melakukan sesi live malah tular sekali lagi.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat seperti mengulang balik komen yg dilontar netixen sambil berjalan senget beserta riak wajah berbeza tak ubak seperti orang kurang upaya (OKU).
Walaubagaimanapun, Baizura menafikan dakwaan tersebut dab bertegas tiada niat sama sekali untuk persendakan golongan OKU.
“Tiada niat nak mengejek Orang Kurang Upaya (OKU)”, itulah yang dikatakan oleh Kak Long atau nama Wan Nor Baizura selepas video dirinya seakan mengejek golongan itu tular sejak semalam.
“Saya minta maaf banyak.”
Menerusi video yang dimuat naik kembali oleh pengguna Twitter dikenali sebagai @video_malaysia ini memaparkan Kak Long bersama anaknya membuat pemohonan maaf terbuka kerana kelakuannya yang menyinggung golongan OKU.
"Saya takde niat, saya hanya bergurau. Kepada golongan OKU saya minta maaf" – Kaklong pic.twitter.com/CqCoHEAY0x
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 16, 2022
Dia yang mengakui tidak berniat untuk menyindir mana-mana pihak OKU menyatakan sanggup bersumpah bagi membuktikan bahawa dirinya tentang kekesalan yang berlaku.
“Minta maaf banyak, demi Allah saya tak ada niat pun. Saya tak ada sebut nama sesiapa. Demi Allah.
“Kepada golongan OKU saya minta maaf banyak, saya buat live tu tak ada kata pada sesiapa,” ujarnya.
Sehubungan dari perkongsian itu, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet berhubung perkara itu. Rata-rata mereka berpendapat bahawa wanita tersebut telah banyak melakukan pelbagai hal yang tidak boleh diterima.
Banyak sangat buat hal
Tolong uninstall FB dia
Buat salah lepastu minta maaf
Orang macam ni sampai masuk tv?
Sumber : Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://liveconnection24.com/ via Slamber Media
Post a Comment