Setiap daripada kita pastinya kenal seseorang yang memiliki bantal busuk. Sayang sangat sampai tak boleh nak berpisah!
Mungkin ada yang merasakan ia suatu lumrah biasa namun sebenarnya adalah penting untuk kita tidur dengan persekitaran yang bersih terutamanya bantal.
ARTIKEL MENARIK:Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser
Photo by Miriam Alonso from Pexels
Kita menghabiskan 1/3 dari seluruh kehidupan untuk tidur dan kalau anda nak tahu, bantal sebenarnya ada sisa sel kulit, air liur , kelumumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat. Sel kulit yang tertinggal di bantal adalah makanan hama dan kutu kecil.
Selepas mereka puas makan, kutu dan hama ini akan meninggalkan najis. Sisa tinggalan inilah yang akan menyebabkan gejala alahan seperti selsema, batuk dan bersin. No wonder!
Sebab itulah sarung bantal sepatutnya ditukar setiap 1-2 minggu sekali dan bantal perlu dibasuh (jika boleh) setiap 6 bulan.
Photo by Ron Lach from Pexels
Selain itu, anda boleh jemur bantal d ibawah cahaya matahari panas kerana ia juga berkesan untuk membunuh segala bakteria dan membuat hama yang bersarang di dalamanya lari. Bau bantal juga akan lebih segar selepas ia dijemur seharian.
Jika anda ada masalah jerawat, sarung bantal haruslah ditukar dengan lebih kerap kerana ia akan mengakibatkan masalah jerawat yang lebih serius dan membuatkan wajah breakout jika anda terus menggunakan sarung bantal yang sama.
Kesimpulannya, tidak salah untuk ada bantal busuk cuma adalah haruslah pastikan ia bersih dan sentiasa menukar sarungnya agar kesihatan anda tidak terjejas.
sumber: Public Health Malaysia via
Post a Comment