Atasi Kulit Wajah Kering & Kusam, 6 Cara Yang Patut Hijabi Cuba. Mudah & Berkesan!

Atasi Kulit Wajah Kering & Kusam, 6 Cara Yang Patut Hijabi Cuba. Mudah & Berkesan!

Kult wajah yang kenyal, dengan tekstur lembut, lembab dan sihat menjadi dambaan semua orang. Kulit wajah kering dan tampak bersisik serta kusam akan mengganggu penampilan dan rasa keyakinan diri.

Atasi Kulit Wajah Kering & Kusam, 6 Cara Yang Patut Hijabi Cuba. Mudah & Berkesan!



Pasti hijabi bertanya-tanya bagaimana cara mengatasi wajah kering begini. Apa yang menjadi persoalan sekiranya cuaca panas atau dingin, wajah akan kelihatan kering, gatal, kaku dan seperti mengelupas atau bersisik.

ARTIKEL MENARIK:Inginkan Kulit Selembut Bayi, Ikuti Petua Mudah Ini! No.5 Paling Wajib Ya!


Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering dan Kusam

Kulit wajah yang kering ini terjadi kerana produksi minyak di wajah berkurang dan ini akan menyebabkan wajah menjadi terasa kering dan kasar. Selain kerana cuaca yang ekstrim, kulit wajah yang kering boleh juga disebabkan kerana kesalahan pemakaian produk kecantikan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara Alami

Ada beberapa cara mengatasi kulit wajah kering yang boleh kita lakukan antara lain:

1. Cara mengatasi kulit wajah kering dengan penggunaan buah dan sayur


Buah dan sayur mempunyai kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Dengan meningkatkan penggunaan buah dan sayur, tidak hanya mendapatkan kult wajah yang lembab dan bercahaya, namun tubuh juga akan terasa fit dan sihat

2. Cara mengatasi kulit wajah kering dengan air putih

Minum air putih minimal 8 gelas sehari, akan membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Pengambilan air yang cukup akan membantu tubuh terhindar dari dehidrasi yang juga dapat menyebabkan kult wajah menjadi kering dan kusam.

3. Cara mengatasi kulit wajah kering dengan menghindari mandi dengan air panas


Mandi menggunakan air yang terlalu panas ataupun air yang terlalu dingin akan membuat kulit kehilangan kelembapannya. Hindari amalan mandi menggunakan air panas, walaupun air panas sangat nyaman untuk tubuh, namun tidak baik untuk menjaga kelembapan kulit tubuh.



Loading...


4. Cara mengatasi kulit wajah kering dengan menghindari menggosok muka

Menggosok muka boleh bila-bila sahaja, asal jangan sampai berlebihan ya. Gerakan tangan yang terlalu kasar dalam membersihkan muka, terlebih jika menggunakan alat akan membuat kulit wajah teriritasi.

5. Cara mengatasi kulit wajah kering dengan menggunakan sabun muka

Gunakan sabun yang khusus untuk muka, sabun mandi cenderung mempunyai ph yang sangat basa, hal ini boleh membuat kulit wajah menjadi kusam. Pilih sabun muka yang sesuai untuk kulit sihat.

Cara Mengatasi Kulit Wajah Kering Secara rawatan Moden

6. Rawatan muka secara moden di pusat rawatan Aster Spring dengan teknik rawatan Terapi INTENSE HYDRA-LIGHT AsterSpring yang baru, sinergi prestasi yang menggabungkan teknologi terkini dari Dermalogica, dengan sangat kuat IonActive ™ Asid Hialuronic dan Gelloid yang berpotensi dan bt-accent® LED Light untuk memberikan hasil yang maksimal minimal masa dan terbaik semua. Disesuaikan dengan jenis kulit bagi menampakkan perbezaan kulit yang ketara, licin, lebih anjal dan berseri. Rawatan muka yang berdurasi selama 90 minit ini, merangkumi tiga rawatan istimewa di mana rawatan ini terdiri daripada rawatan;

Anti-penuaan – Mempercepat pembaharuan sel kulit, merangsang pengeluaran kolagen dan memberikan penghidratan untuk keremajaan kulit.

Menenangkan – mengurangkan kemerahan, kerengsaan & kekeringan bagi memperlihatkan kulit yang cerah dan berseri.

Kulit berminyak atau jerawat – membunuh bakteria dan mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jerawat untuk kulit yang lebih sihat.

Dengan serta-merta meningkatkan penghidratan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Untuk hasil optimum, Terapi Hidra-Cahaya AsterSpring yang disyorkan untuk 6 sesi selama 3 bulan, dengan rejim homecare yang sesuai termasuk kulit penjagaan Dermalogica atau disesuaikan mengikut keperluan kulit anda.


Kredit -Hijabista




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post