Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

Sebagaimana kita semua tahu kunyit mempunyai khasiat kesihatan tertentu seperti anti-kanser, anti-angiogenesis (nutrien melawan tumor), memberi kesan anti-radang,

Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser



mengecutkan rahim bagi ibu-ibu selepas bersalin dan sebagainya.Kesan kesihatan yang baik ini adalah disebabkan oleh bahan aktif yang terdapat dalam kunyit yang dikenali sebagai curcumin iaitu sejenis polyphenol atau bahan kimia daripada tumbuhan.

ARTIKEL MENARIK:Kenali makanan sunnah


Namun begitu, keberkesanan curcumin dalam kunyit terhadap kesihatan didapati kurang menyerlah jika hanya kunyit sahaja digunakan dalam masakan.

Penemuan kajian terkini menunjukkan apabila kunyit dicampur dengan lada hitam dalam masakan seperti kari atau lain-lain, keberkesanan kunyit ini didapati meningkat dengan begitu mendadak sehingga 1000-2000 kali ganda.


Loading...


Ini adalah disebabkan oleh kesan tindakbalas sifat panas piperine yang terdapat dalam lada hitam membantu meningkatkan keberkesanan curcumin dalam kunyit.

Oleh itu, jika anda masak menggunakan kunyit, pastikan masakan tersebut ditambah dengan lada hitam bagi mendapatkan khasiat kunyit yang sebenarnya.


Kredit -Kartel Dakwah



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post