PELAKON Mak Wan Latah meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya dengan suami, Hussien Dollah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Ipoh, Perak berjalan dengan lancar.
Menurut Mak Wan, 61, dia sepatutnya bernikah pada 15 Januari namun tarikh terpaksa ditunda disebabkan menjadi kontak rapat adik yang positif Cvid-19 selepas pulang dari tunai umrah.
ARTIKEL MENARIK:“Saya Bukan Gil4 ‘Like” – Kerana ‘Posting’ Instagram, Nam Ron Disi4sat Pol1s
Kata pemilik Halimaton Saadiah Mohd Daud, urusan pertukaran tarikh dilakukan anaknya ketika dia menjalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.
“Sepatutnya saya nikah pada 15 Januari tapi terpaksa tunda disebabkan saya menjadi kontak rapat adik yang positif Cvid-19 selepas balik dari umrah.
“Lebih kurang 20 jemaah termasuk adik saya disahkan positif ketika jalani ujian calitan di lapangan terbang. Alhamdulillah keputusan saya negatif.
“Bila dah jadi kontak rapat, saya terpaksa jalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia. Anak saya yang menguruskan pertukaran tarikh nikah.
“Alhamdulillah, pada 22 Januari lalu saya dan suami selamat bernikah di Pejabat Agama Ipoh, Perak,” katanya kepada mStar.
Mak Wan dan Hussien, 71, turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kampung suaminya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Menerusi laporan mStar sebelum ini, Mak Wan memberitahu dia sudah dirisik pada 14 November dan akan berkahwin sebaik saja selesai menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.
Dalam pada itu, Mak Wan memberitahu dia kini menetap bersama suaminya di Kuala Pilah dan akan berulang alik ke Kuala Lumpur sekiranya ada kerja.
Suami Ada Kebun
“Selepas berkahwin ini, saya ikut suami duduk di Kuala Pilah sebab dia ada kebun di sini. Kalau ada kerja di KL, barulah saya akan pergi ke sana.
“Saya pun dah berbincang dengan anak-anak dan suami. Alhamdulillah, mereka memahami,” ujarnya.
Hasil daripada perkahwinan sebelum ini, Mak Wan mempunyai empat orang anak manakala suaminya, dua orang cahaya mata.
Jodoh diatur rakan baik dan bakal anak tiri
Berkongsi perhubungan boleh berputik sehingga membawa ke jinjang pelamin, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu berkongsi, pertemuan diaturkan oleh rakan dikenali sebagai Datuk Lina.
” Lina bersahabat dengan bakal anak tiri, Zaiton. Zaiton beritahu Lina yang suka melihat lakonan saya, nampak lembut dan baik di kaca televisyen.
” Secara kebetulan, Lina pula mengenali saya, jadi membawa Zaiton bertemu saya di kediamannya. Kali pertama bertemu, Zaiton tidak menyatakan hasrat menjodohkan saya dengan bapanya.
” Dua hari kemudian, barulah Zaiton berterus-terang. Namun, saya tidak terus memberikan jawapan, sebaliknya sehingga sebulan kemudian dia kembali bertanya.
” Lina menasihatkan saya untuk menerima, memandangkan saya tinggal sendirian dan sering tidak sihat,” katanya.
Mak Wan berkata, dia berbincang bersama adik beradik dan anak-anak terlebih dahulu, sebelum Zaiton membawa rombongan merisik di kediaman adik di Ipoh, bulan lalu.
” Ikut perancangan mereka datang datang merisik sahaja, tetapi tidak sangka pula turut membawa dulang hantaran bersama,” katanya ketawa.
Tambah Mak Wan, pihak lelaki ingin menyegerakan majlis pernikahan, tetapi dia masih terikat dengan beberapa penggambaran, jadi majlis ditangguh sehingga Januari.
Pelakon filem Jangan Pandang Belakang Boleh dan Nasi Tangas itu berkata, dia pernah menemui bakal suaminya sekali sahaja, selebihnya banyak berhubung menerusi telefon.
” Kami berjumpa, itu pun sekali. Bagi saya, jika ingin bertemu tunggulah sehingga sah sebagai suami isteri, tetapi kami selalu berhubung.
” Dia sering mengambil inisiatif menghubungi saya kerana kebiasaannya, sibuk dengan penggambaran. Ada masa, saya tidak berkesempatan menjawab panggilan telefon.
” Awal dahulu, dia kurang faham, tetapi mula memahaminya selepas saya menjelaskan senario kerja saya.
” Bakal anak tiri ada meminta saya memperlahankan aktiviti lakonan, tetapi saya sudah jelaskan pada suami yang saya perlu bekerja kerana terikat komitmen.
” Alhamdulillah, bakal suami memahami. Jadi, saya akan berulang alik antara Kuala Pilah dan Kuala Lumpur selepas berkahwin nanti,” kata Mak Wan.
‘Syukur masih ada yang menerima saya di usia begini’
Mak Wan berkata, dia kini terpaksa memikirkan kembali rutin sebagai isteri seperti menyediakan makan dan pakaian buat suami selepas hampir tujuh tahun hidup solo.
” Saya sudah terbiasa hidup solo selama hampir tujuh tahun, jadi mungkin agak kekok kembali menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Saya perlu sediakan makanan sebelum keluar bekerja.
” Apa pun, saya bersyukur kerana tidak sangka masih ada orang yang sayang dan sukakan saya pada usia sebegini.
” Saya terharu, masih ada yang mahu menjadikan saya sebagai ibu mereka, inilah nikmat yang perlu disyukuri.
” Saya berterima kasih kepada adik beradik dan anak-anak kerana merestui keputusan saya kembali berumah tangga. Dan tidak lupa buat Zaiton yang menyediakan segala kelengkapan pada majlis merisik,” katanya.
Sumber: mstar via
Post a Comment