Kanak2 Sekolah Galas Beg Berat Tular, Ibu Dedah Isi Dalam

Kanak2 Sekolah Galas Beg Berat Tular, Ibu Dedah Isi Dalam

Baru-baru ini, satu video tular apabila seorang pelajar perempuan kelihatan menghadapi kesukaran untuk menggalas beg sekolah yang berat.

Kanak2 Sekolah Galas Beg Berat Tular, Ibu Dedah Isi Dalam



Video tersebut dimuat naik di laman TikTok oleh Teerayutjayjak pada hari Selasa lalu. Kejadian yang berlaku di negara Thailand itu telah meraih tontonan sebanyak 10.5 juta dan dikongsi secara meluas di media sosial, mengakibatkan kritikan terhadap sekolahnya dan sistem pendidikan di situ.

ARTIKEL MENARIK:Ketua Pemuda UMNO Tiba2 Kena Tahan, Permintaan Pak Cik Ini Buat Netizen Sebak


Dalam video itu, pelajar tersebut mencuba sedaya upaya untuk meletakkan tali beg sekolah di atas bahunya tetapi dia yang kelihatan tidak berdaya akhirnya dibantu oleh salah seorang lelaki yang melihat kejadian itu.

Selepas lelaki tersebut membantu meletakkan beg yang berat itu di atas bahu pelajar berkenaan, dia terus menyambung perjalanannya sambil memikul berat yang sangat berat.

Difahamkan, dia merupakan pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah di Kampung Moo 2 di Tambon Lagnu, daerah Langu Satun, Thailand.

Kejadian itu telah meraih simpati para penonton dan mendesak supaya tindakan dibuat bagi mengatasi masalah beg berat ini.

VIDEO:

PENJELASAN KENAPA BEG SEKOLAH DIA TERLALU BERAT



Loading...


Menurut satu laporan daripada Nation Thailand, apa yang terjadi sebenarnya ialah pelajar perempuan tersebut bukanlah menggalas beg yang dipenuhi dengan buku.

Salah seorang guru di sekolah itu memberitahu, sekolah berkenaan mempunyai kelas sehingga tengah hari pada hari Selasa dan kanak-kanak sepatutnya menunggu ibu bapa menjemput mereka kerana perlu membawa balik kotak besar yang dipenuhi susu ke rumah.

Bagaimanapun, pelajar itu mungkin terlalu teruja untuk menerima kotak susu berkenaan lalu memasukkannya ke dalam beg dan berjalan keluar tanpa menunggu ibunya menjemput seperti biasa.

IBU KANAK KANAK BERITAHU SEBAB SEBENAR

Ibu kepada pelajar tersebut, Suchada, mengesahkan bahawa beg berat itu memuatkan seluruh kotak berisi beberapa karton susu dan bukan buku sekolah seperti yang didakwa oleh pengguna laman sosial.

Kotak besar itu mengandungi 36 kotak susu dan hanya ada empat buku nipis di dalam beg pelajar itu.

Dia juga berkata sekolah itu terletak hanya satu kilometer dari rumahnya dan kebiasaannya dia menunggang motosikalnya untuk menjemput anaknya.

Apabila dia tiba di sekolah kali ini dan mendapati anak perempuannya sudah pergi, dia kemudian mengejar anaknya itu. Mereka terserempak di tengah jalan dan kemudiannya balik bersama-sama.

Sumber: Nation Thailand via GPS BESTARI viaTrending Sangat





-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post