Nikita Mirzani tampil memberikan penjelasan apabila dia telah dituduh menghina agama Islam dan memberi pandangan mengenai kenyataan yang diberikan oleh pendakwah Indonesia, Ustaz Das’ad Latif yang menggelarnya sebagai public noise dan bukan sebagai public figure.
Hal ini berlaku selepas tular video yang menunjukkan dirinya melafazkan niat solat maghrib sewaktu IG Live di Instagram.
ARTIKEL MENARIK:Yatt Hamzah Sempat Bersihkan Masjid Nabawi, Berhasrat Ingin Bawa Keluarga Menetap Di Madinah
Akui Tidak Kenal Pendakwah Tersebut
Menerusi temubualnya bersama Kumparan, Nikita menjelaskan dia tidak mengenali pendakwah tersebut dan ramai yang mengenali dirinya sebagai public figure.
“Saya tak rasa saya kenal dia. Tetapi, kalau dia, pasti kenal saya. Dia bohong kalau tak kenal saya, kemudian dia terus kata saya sebagai noisy public. Saya public figure, semua orang tahu.”- tegas Nikita
Tambahnya lagi, semua pihak bebas untuk memberikan komen terhadap dirinya sebagai seorang public figure.
“Biasalah. Setiap orang mempunyai pendapat. Ya, terpulang pada anda untuk bercakap mengenai public enemy, public noise. Yang pasti, saya artis, seorang public figure, kalian tahu.” katanya lagi
Minta Orang Ramai Tonton Video Secara Keseluruhan
Selepas dikatakan mengucap niat solat maghrib dengan nada menyindir, Nikita turut meminta orang ramai untuk melihat keseluruhan video tersebut dan menegaskan bahawa dirinya tidak pernah menghina agama Islam.
“Ya, yang jelas, saya tidak pernah menghina agama apa pun, apalagi agama yang saya anuti.
Bahkan, saya turut menyuruh anak saya solat, saya juga solat. Tetapi kan solat saya tidak perlu dipaparkan.”- katanya
Sebelum ini, Nikita pernah memberikan sindiran pedas terhadap video yang tular di antara aktor kacak, Baim Wong dengan seorang warga emas yang dikenali sebagai Kakek Suhud. Dia akui rasa kesal disebabkan tingkah laku Baim yang dilihat mendiskriminasi terhadap golongan yang tidak berkemampuan seperti warga emas tersebut.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment