Yatt Hamzah Sempat Bersihkan Masjid Nabawi, Berhasrat Ingin Bawa Keluarga Menetap Di Madinah

Yatt Hamzah Sempat Bersihkan Masjid Nabawi, Berhasrat Ingin Bawa Keluarga Menetap Di Madinah

Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada ketika ini, merupakan satu rahmat dan keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT buat hambaNYA.

Yatt Hamzah Sempat Bersihkan Masjid Nabawi, Berhasrat Ingin Bawa Keluarga Menetap Di Madinah



Ramai juga rakyat Malaysia yang bertuah dan dijemput menjadi tetamu Allah, dan antaranya adalah pelakon Yatt Hamzah.

ARTIKEL MENARIK:Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Peminat Sudah ‘Hidu’ Sejak Awal Oktober


Berhasrat Bawa Keluarga Tinggal Di Madinah

Setelah tiga tahun, akhirnya ibu kepada enam orang cahaya mata ini berpeluang menjejakkan kaki di Madinah pada tahun ini. Walaupun menunaikan umrah seorang diri, namun ianya pengorbanan yang perlu dilakukan Allah dan Rasul tercinta.

Dalam perkongsian terkini Yatt Hamzah, wanita berhati cekal ini berhasrat mahu membawa keluarganya menetap di Madinah, membesarkan anak-anak dan disemadikan di sana. Wanita berkongsi dirinya sanggup menjadi tukang pembersih jika dapat tinggal di sana bersama keluarga.


Foto – Instagram @yatthamzah_suci

“Ya Allah, aku sangat teringin membawa keluargaku untuk menetap di Madinah agar berada dekat dengan Nabi ku. Aku sangat teringin anak-anakku bersekolah di Madinah, membesar di Madinah dan aku amat teringin untuk mati di sini agar dapat disemadikan di perkuburan Baqi’.

Jika pada perkiraanMU, salah satu cara untuk berada di sini adalah dengan menjadi seorang cleaner di sini, aku amat berbesar hati YA Alah.

Aku amat-amat bangga andai dapat berkhidmat di sini, buat Rasulullah ku SAW. Kau MAKBULKANLAH doa-doa Bonda ini, wahai Tuhan yang MAHA MEMAQBULKAN DOA.” Luahnya

Berpeluang Bersihkan Masjid Nabi SAW

Selain meluahkan mahu membawa keluarga menetap di Madinah, Yatt juga berkongsi dirinya berpeluang membersihkan Masjid Nabawi atau juga dikenali sebagai Masjid Nabi SAW. Menurut Yatt, ianya satu perasaan yang luar biasa dapat membersihkan masjid walaupun sekejap.


Foto – Instagram @yatthamzah_suci


Loading...


“Semalam lepas Asar, Bonda ini dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa, MasyaAllah walaupun hanya sekejap.

Memang dah lama teringin nak membantu pekerja-pekerja kebersihan di dalam Masjid Nabawi, sebab Bonda ni memang suka sangat-sangat membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor.

Alhamdulillah direzekikan dapat merasa menjadi cleaner Masjid Nabawi, walaupun hanya sebentar.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. YA ALLAH” Luahnya lagi

Rakan Artis Dan Netizen Pohon Doa Mahu Ke Tanah Suci Juga

Melihat perkongsian Yatt di Instagram baru-baru ini, membuatkan ramai rakan selebriti dan orang ramai meluahkan mahu menjejakkan kaki ke tanah suci juga.

“Mu ku cemburu… Nak ikut” – @lufyalaana

“MasyaAllah…. Moga direzekikan kami semua ke sana juga. Aamiin.” – @nurhelizahelmi

“MasyaAllah best nya nak juga” – @dianarafar


Foto – Instagram @yatthamzah_suci

“MasyaAllah, seronoknya. Cemburu di hati kecil ini, semoga Allah rezekikan menjadi tetamuNya lagi dan bertemu dengan Rasulullah SAW yang dirindui.”

“Doakan saya supaya sihat dan dapat mengerjakan amalan-amalan ibadah dengan sempurna… Semoga bonda dan keluarga diberi rahmat dan kebaikan yang melimpah-ruah.” Komen warganet

Semoga kita semua dapat menjadi tetamu Allah SWT di tanah suci kelak.



Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post