Batuk Berpanjangan? Ini 3 Petua Tradisional Meredakan Batuk Dengan Mudah & Cepat. Belum Cuba Belum Tahu!

Batuk Berpanjangan? Ini 3 Petua Tradisional Meredakan Batuk Dengan Mudah & Cepat. Belum Cuba Belum Tahu!

Setiap kali batuk pasti ia membuatkan kita berasa tidak selesa bukan? Sampai satu tahap dada dan perut jadi semakin senak. Silap haribulan, boleh terkucil lagi-lagi kalau diserang batuk di musim pandemik begini.

Batuk Berpanjangan? Ini 3 Petua Tradisional Meredakan Batuk Dengan Mudah & Cepat. Belum Cuba Belum Tahu!



Walaupun bukan semua batuk berpunca daripada virus Corona namun ia tetap membuatkan kita berasa risau. Bimbang sekiranya ada yang menyangka kita dijangkiti Covid-19 walhal bukan.

ARTIKEL MENARIK:Petua Menghilangkan Rasa Kebas


Sudah mencuba pelbagai jenis produk dan mendapatkan rawatan di klinik namun batuk yang dialami masih juga tidak berkurang. Apa kata anda cuba 3 petua ini pula. Jika diamalkan secara berterusan pasti dapat meredakan batuk anda yang berpanjangan itu.

3 Petua Meredakan Batuk Berpanjangan Secara Tradisional Dengan Mudah

Menggunakan Bawang Putih & Madu

Jika diamalkan secara betul dan tepat, cara ini mampu menghilangkan batuk dalam masa satu hari sahaja. Cara yang dikongsikan oleh Ainul Hakim ini memang sangat mudah. Apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan 3 hingga 4 ulas bawang putih dan 1 cawan madu.

Kemudian campurkan bawang putih yang dicincang halus dengan secawan madu. Tutup dan simpan campuran tersebut selama 3 jam. Selepas 3 jam bolehlah dimakan. Cara makannya adalah 1 sudu teh setiap 1 jam.



Loading...


Menggunakan Bunga Cengkih & Air Suam

Cara ini pula adalah cara yang dikongsikan oleh Ustaz Sharhan Safie. Memang banyak kebaikan bunga cengkih ini sebenarnya, bukan sahaja dapat merawat batuk malah ianya juga dapat membantu menurunkan suhu badan yang panas.

Caranya adalah sediakan 40 kuntum bunga cengkih dan 1 cawan air suam. Masukkan bunga cengkih tersebut ke dalam air suam. Kemudian bacakan surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan surah Yunus ayat 57.

Rendamkan selama 30 minit kemudian minum. Minuman ini boleh dibuat dan diminum dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.

Menggunakan Daun Pudina


Pastinya sudah ramai yang tahu, daun pudina terdapat banyak sifat penyembuhannya. Mentol dalam pudina dapat menenangkan tekak dan mengurangkan kahak. Ia boleh dijadikan minuman ataupun menyedut melalui mandian wap.

Untuk dijadikan minuman teh, masukkan 15-20 daun pudina segar ke dalam air panas/suam selama 15 minit atau sehingga kekuatan rasa yang diinginkan. Hidangkan dengan sedikit madu dan sedikit limau.

Tiada daun pudina? Anda juga boleh campurkan sesudu Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak dengan segelas air suam untuk dapatkan rasa manis dan menyegarkan yang serupa.

Jadi buat anda yang sedang mengalami batuk dan sedang mencari penawar untuk menghilangkannya, mungkin anda boleh menggunakan salah satu daripada 3 petua di atas ini. Diharapkan ianya dapat membantu anda semua.

Semoga bermanfaat!

Kredit -dailymakan



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post