Selepas pemergian murid Tahun Satu iaitu Nur Alisha Safiya Mohd Azlin yang pergi menghadap ilahi akibat dil4nggar van sekolah, datuknya Saad Hashim pula pergi awal pagi tadi.
Menerusi laporan Harian Metro, isteri Saad yang dikenali sebagai Mahani Hamid berkata, arwah suaminya yang menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu itu ‘pergi’ di kediamannya di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang.
ARTIKEL MENARIK:Mangsa maut dirempuh van pernah kongsi mahu pergi ‘jauh’
“Hilang dua orang tersayang dalam masa 48 jam sememangnya sesuatu yang menyedihkan, namun terpaksa menerima hakikatnya walaupun berat untuknya.
“Semalam, saya menziarahi cucu yang meninggal dunia akibat kem.l.ngan di langgar van sekolah dan hari ini suami pula meninggalkan kami buat selama-lamanya.
“Saya sempat menatap wajah cucu sebelum disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya..
“…namun tidak dapat mengiringi jenazah ke perkuburan kerana teringatkan suami dan ketika itu sudah malam dan mahu terus pulang ke kampung,” kata warga emas berusia 68 tahun itu.
Selain itu, anak keempat Mahani iaitu Anom Suhana memaklumkan dia ada menziarahi keluarga abangnya (bapa Alisha) di Sepang, semalam.
Anom berkata, mereka sepatutnya pulang ke Pasir Gudang selepas menziarahi ahli keluarga Alisha namun ibunya beria mengajak pulang ke kampung sebelum tiba kira-kira tiga jam kemudian.
“Ketika sampai di kampung arwah ayah kelihatan seperti biasa, manakala pada 4 pagi ibu memaklumkan ayah sudah pergi menghadap ilahi.
“Saya tidak menyangkarupa-rupanya ajakan ibu untuk singgah di kampung itu adalah bagi bertemu ayah buat kali terakhir dan kami reda dengan ketentuan Allah SWT kehilangan dua ahli keluarga dalam jangka masa yang dekat,” ujarnya.
Pada tengah hari Jumaat lalu, Alisha yang juga anak kepada pasangan Mohd Azlin dan Mahani Saad pergi selepas dirempuh van dinaikinya di hadapan sebuah tadika terletak di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Selamat dikebumikan
https://www.facebook.com/kamsani.sahlan.7/posts/4690838367640471
Sumber: Harian Metro (Samadi Ahmad).
Tular Kejadian Pemandu Van Dan Budak Sekolah. Sekali Pihak Polis Beritahu Apa Yang Sebenarnya Berlaku.
Seorang pelajar perempuan berusia tujuh tahun kehilangan nyawa selepas kejadian dig1lis sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari selepas pemandu wanita berusia 31 tahun itu selesai menurunkan penumpang.
“Pemandu van berkenaan telah memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melangg4r salah seorang pelajar perempuan yang juga penumpang van tersebut ketika mangsa sedang melintas di hadapan van terbabit.
“Sebelum kejadian, mang.sa telah diambil oleh pemandu van terbabit dari sebuah sekolah berhampiran dan di hantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, ekoran kejadian, mangsa yang berusia tujuh tahun telah dikejarkan ke unit kecemasan Nilai Medical Centre akibat luka teruk pada bahagian kepala.
“Mang.sa disahkan pergi menghadap ilahi pada pukul 2.30 petang tadi.
“Pemandu van terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.
Terdahulu, orang ramai dikejutkan dengan sebuah video tular berdurasi satu minit 26 saat di media sosial Facebook yang memaparkan kejadian membabitkan kanak-kanak perempuan tersebut.
Antara komen komen warganet tentang apa yang telah terjadi.
Sumber : Kosmo Online!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -Era Kini
Post a Comment