Tular angkara berebut pam minyak di Shell. Penunggang motosikal sanggup bertindak benda ni pada warga emas.

Tular angkara berebut pam minyak di Shell. Penunggang motosikal sanggup bertindak benda ni pada warga emas.

Pada lewat hari semalam, tular rakaman video CCTV di mana seorang lelaki m3mvkul seorang warga emas. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Stesen Minyak Shell Tol Jalan Duta.

Tular angkara berebut pam minyak di Shell. Penunggang motosikal sanggup bertindak benda ni pada warga emas.



Pada awal rakaman video tersebut, mangsa yang memandu Proton Perdana serta penunggang motosikal terbabit dilihat bergerak seiringan menuju ke pam minyak yang sama sebelum warga emas terbabit memberhentikan keretanya di pam minyak tersebut.

ARTIKEL MENARIK:Diberi masa lima hari, ini tindakan KPDNHEP terhadap pemilik restoran jual Ikan siakap harga empat angka




Setelah warga emas keluar daripada keretanya, penunggang motosikal itu meluru ke arahnya lalu berlaku pertengkaran kecil di antara kedua-dua belah pihak. Sejurus selepas itu, penunggang motosikal membuka topi keledar yang dipakainya lalu buat macam ini pada bahagian kepala warga emas tersebut.


Lalu, warga emas itu kelihatan terjatuh dan seorang orang awam dan pekerja stesen minyak menghampiri tempat kejadian untuk melihat keadaan si mangsa. Selepas bertindak mengasari warga emas, penunggang motosikal itu dirakam melarikan diri daripada tempat kejadian seperti dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.


Loading...






Rakaman video CCTV itu telah mengundang orang ramai mengecam tindakan ‘kurang sabar’ penunggang motosikal terbabit sehingga menyebabkan warga emas itu jatuh rebah di tempat kejadian.

Orang ramai berharap agar pihak PDRM dapat mengesan dan mendakwa penunggang motosikal terbabit ke muka pengadilan kerana mencederakan warga emas gara-gara tidak dapat bersabar hanya seketika.

Kredit -INSTAGRAM CARETA_MALAYSIA  via apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post