KUALA LUMPUR: Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, Siti Saleha enggan mengulas lanjut mengenai krisis rumah tangga dengan suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35.
Dilaporkan memfailkan perpisahan terhadap Ahmad Lutfi pada 13 Oktober lalu, Siti Saleha, 31, meminta semua pihak menghormati ruang peribadinya.
ARTIKEL MENARIK:“Dah tua-tua baru dapat suami ‘berfunction’” selepas Da’i Farhan, Dr Erin kahwin lagi?
“Semua orang tahu dan peminat saya juga tahu, saya ‘private’ dan perkara ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya.
“Jadi, saya tak nak komen apa-apa,” katanya kepada BH Online.
Pelakon yang popular dengan drama rantaian 7 Hari Mencintaiku itu menyifatkan krisis yang melanda rumah tangganya sebagai ujian.
“Alhamdulillah, saya okay. Saya hendak semua orang tahu saya okay sahaja. Ini semua adalah ujian.
“Bagaimanapun, trofi ini adalah hadiah istimewa buat saya tahun ini,” katanya ditemui pada Malam Kemuncak ABPBH 34 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), malam tadi.
Ditanya sama ada dia dan suami sudah tidak tinggal sebumbung dan dakwaan wujudnya ‘orang ketiga’ menjadi punca keretakan rumah tangga, Siti Saleha enggan mengulas.
“Tiada komen, maaf,” katanya.
Sebelum ini, Siti Saleha selaku plaintif dilaporkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 13 Oktober bagi sebutan kes perpisahan.
Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Siti Saleha teruja berkongsi dia bakal terbabit dengan projek drama istimewa yang pasti menggembirakan ramai peminat.
“Esok (hari ini) saya akan mulakan penggambaran sebuah drama dan tahun depan saya akan menjayakan satu lagi drama besar. Drama itu paling teruja orang hendak tengok.
“Saya pun turut teruja hendak menjayakan drama itu. Saya berharap anda semua sabar menantikannya,” katanya.-Sumber: BH
Rumah Tangga Bermasalah. Siti Saleha Dan Suami Muncul Di Mahkamah Untuk Sebutan Kes Ini.
Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Siti Saleha berhadapan masalah apabila pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi bagi sebutan kes perpisahan.
Memetik portal mStar Online, prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.
Kisah masalah rumah tangga Siti Saleha itu agak mengejutkan apatah lagi pelakon itu sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka di media sosial.
Malah, hasil tinjauan mendapati kali terakhir Siti Saleha berkongsikan gambar mesra bersama suami adalah pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya itu.
Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 Julai 2017. Pasangan itu masih belum mempunyai dikurniakan cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Kredit -apampink
Post a Comment