Foto Baby Shima dengan seorang lelaki di pusat hiburan tersebar. Tidak henti-henti terima kritikan… penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi dihimpit kontroversi apabila foto miripnya dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan tersebar di media sosial.
Tidak berselindung atau menafikan perkara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, berkata, apa yang dilakukan itu tidak menganggu orang lain.
ARTIKEL MENARIK:Belum sampai sebulan pergi menghadap ilahi. Terkejut tengok ini yang terjadi pada taman tempat Vanessa dan suaminya diletakkan.
Foto Baby Shima bermesraan dengan seorang lelaki.
“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke? Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang. Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,” katanya.
Menerusi beberapa foto yang dikirimkan, Shima dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki dipercayai di sebuah kelab malam di ibu negara. Lebih menimbulkan tanda tanya ialah menerusi foto berkenaan kelihatan Shima seperti sedang mencium lelaki berkenaan sambil memegang gelas minuman.
Apa saya rasa saya nak buat saya akan buat, Shima tak ganggu orang
Sementara itu, ketika ditanya sama ada kontroversi yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini sengaja dibuat bagi meraih perhatian, Shima sebaliknya menyalah warganet. Kata Shima dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang agar berhenti bercakap tentang dirinya. “Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang. Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up,” ujarnya.
Shima tidak pernah berniat ingin timbulkan kontroversi.
Selain itu, Shima berkata, dia juga kadang kala berasa tertekan dan menganggap dirinya seorang artis yang dibenci oleh warganet. Shima tidak pernah berniat ingin timbulkan kontroversi. “Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa sedih apabila kena kritik sebab saya ni seorang tapi yang mengkritik ramai. Saya rasa down dan tertekan. Ada benda yang patut jawab ada benda tak patut jawab terutama hal peribadi saya. Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,” ujarnya. Sumber : Gempak via apampink
Post a Comment