Taman pers3m4dian Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah yang terletak di Tanah P3rkubur4n Umum Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta terpaksa dikunci.
Perkara ini berikutan tempat persemadian pasangan suami isteri itu yang menjadi viral mengalami kerosakan teruk akibat tindakan orang ramai yang tidak bertanggungjawab.
ARTIKEL MENARIK:Sering dapat aduan disasar dan diganggu. Terkejut Namron dedahkan ramai pelakon lelaki kena gangguan ini.
Keadaan tempat p3rsemadi4n mengalami kerosakan disebabkan orang ramai dan YouTuber yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar, selfie dan membuat ‘content’ untuk media sosial mereka.
Video:
https://www.instagram.com/reel/CWDmizTFd7x/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading
Adik ipar Vanessa Angel, Frans Faisal, menerusi video memperlihatkan orang tuanya yang duduk di luar pagar sambil berdoa dan melihat dari jauh.
“Tak pernah terfikir dalam perjalanan hidupku, melihat orang tuaku duduk dengan tatapan kosong seperti begini,” tulisnya.
Dalam posting itu, Frans mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menziarahi pusara kakaknya, namun meminta orang ramai untuk menghargai dan tidak merosakkan pusara itu.
Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.
Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. – KAPANLAGI
Jadikan Isu Kepergian Vanessa Dan Suami Sebagai Konten. Youtuber Terkenal Dikritik Warganet Kerana Ini.
Beberapa hari lalu, industri seni di negara jiran telah pun dikejutkan dengan berita nahas melibatkan seorang pelakon terkenal Vanessa Angel bersama suaminya iaitu Febri Adriansyah. Dalam kejadian yang cukup menyedihkan itu, suami isteri berkenaan menemui ajal di lokasi manakala anak, pembantu serta pemandunya pula cedera ringan.
Ramai rakan artis ziarah pusara Vanessa dan suami…Denny Sumargo sempat muat naik video.
Sejak itu, ramai rakan artis serta ahli keluarga mula menziarahi pusara pasangan berkenaan yang terletak di Jakarta Selatan. Tak ketinggalan, youtuber terkenal Denny Sumargo turut dilihat hadir berkunjung ke sana. Tak lama selepas itu, pengacara berkenaan telah pun memuat naik satu rakaman mengenai Allahyarhamah Vanessa.
Video:
Orang dah ajal tapi kamera dimana-mana…Pusara pun masih basah tu.
Rakaman yang memaparkan Denny sewaktu ke pusara rakannya itu bagaimanapun menimbulkan ketidakselesaan di kalangan orang ramai. Menerusi video itu, selebriti tersebut juga ada mendedahkan perbualan terakhirnya bersama Allahyarhamah.
Kau nak tak kalau ajal nanti dirakam macam tu? Malah sempat buat content lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan niat sebenar Denny sewaktu menziarahi kehilangan rakannya itu. Malah ramai yang beranggapan, ia hanyalah demi sebuah content semata-mata kerana turut dirakam dari pelbagai sudut.
Sumber: TikTok Denny Sumargo , Facebook Denny Sumargo, & Portal Tribunnews .
Tiada Kesan Brek Ditemui. Punca Kepergian Vanessa Angel Dan Suami Disiasat.
Industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon sensasi Indonesia, Vanessa Angel dan suami, Bibi Andriansyah yang terlibat dalam nahas jalan raya semalam.Susulan itu, pihak polis tempatan telah menganalisis punca kecelakaan dan mendapati tiada kesan brek ditemui.
“Kalau hasil dari penemuan Tempat Kejadian Perkara (TKP), kenderaan tersebut bergerak dalam 100 kilometer sejam jika dilihat dari kerosakan kereta.
“Selain itu, tiada juga kesan pengereman (brek),” kata polis seperti yang dipetik dari kompas.com.Dalam pada itu, pihak polis juga memaklumkan hasil analisis yang lebih lanjut akan diumumkan secepat mungkin.
Difahamkan, Vanessa berada di luar kawasan untuk menghadiri sebuah acara bersama suami dan anaknya.Sebelum kejadian, Vanessa sempat mengemaskini Instagram Stories menyatakan dia berada dalam kenderaan terbabit.
Sekadar info, Vanessa berkahwin secara senyap dengan Bibi Andriansyah dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Gala Sky Andriansyah yang baru berusia setahun.
Tak Sangka Kata Kata Bibi Jadi Kenyataan. Tular Sebulan Sebelum Kejadian Suami Pernah Luah Sesuatu Pada Vanessa Yang Akhirnya Ditunaikan.
Vanessa dan suami pergi buat selamanya akibat kejadian yang tak diingini di jalan raya. Kata-kata menjadi kenyataan… itulah yang terjadi kepada selebriti Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah yang pergi buat selamanya pada Khamis akibat kejadian yang tak diingini di jalan raya.
Sebulan sebelum terlibat kejadian tersebut, Febri pernah meluahkan hasrat untuk sehidup sem4t1 dengan isterinya. Menerusi video di saluran YouTube Millen Cyrus, Vanessa bertanyakan kepada suaminya apa yang akan dilakukan sekiranya dia hanya mempunyai satu hari sahaja untuk hidup.
“Kalau hari ini, hari terakhir saya di dunia ini, apa yang awak akan lakukan?” tanya Vanessa. Tanpa memikirkan walaupun sesaat, Febri atau Bibi menjawab dia lebih rela mati daripada meneruskan kehidupan tanpa isterinya di sisi. M4t1. Iya la, saya m4t1 saja la. Pening kepala saya,” jawab Febri. Pada Khamis, selebriti Indonesia terkenal Vanessa Angel terlibat dalam jalan raya di Nganjuk arah Surabaya, Jawa Timur. Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Kombes Gatot Repli Handoko mengesahkan Vanessa dan suaminya, Febri Andriansyah pergi buat selamanya dalam kejadian terbabit. Sumber – Liputan6
Sebak Bila Ada Yang Kongsikan Pesanan Terakhir Suami Vanessa Angel Untuk Anaknya. Ini Pesanan Bibi Buat Hari Lahir Pertama Anaknya.
Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah pergi buat selamanya dalam satu kejadian yang tak diingini di Tol Jombang arah Surabaya, Khamis (4/11). Ambulans yang membawa jasad Vanessa dan Bibi telah tiba di rumah jasad di Jakarta Barat setelah menempuh perjalanan kurang lebih 11 jam dari Surabaya.
Vanessa dan Bibi diuruskan hari ini di Tempat Persemadian Melaka di kawasan Swadarma, Ulujami. Ketika kejadian itu berlaku, nama Vanessa dan Gala menjadi trending topik di Twitter. Orang ramai turut bersedih atas kehilangan Vanessa dan Bibi buat selama-lamanya dan tinggalkan Gala yang kini baru berusia 15 bulan.
Malah, salah satu klip video ketika Bibi dan Vanessa menjadi bintang jemputan di saluran YouTube CURHAT BANG Denny Sumargo kembali viral. Dalam video itu, Bibi nampaknya telah tinggalkan mesej untuk Gala pada hari lahirnya yang pertama. Mesej itu akhirnya disampaikan oleh Denny Sumargo kerana Bibi tidak dapat bercakap.
“Om Densu mewakili, ya. Dia kata, ‘Gala, nak, orang baik ada masa lalu, orang jahat ada masa depan. Hidup tak boleh berdasarkan apa yang selalu kita fikirkan’,” kata Denny mengikut kata-kata Bibi. Namun, yang lebih menyedihkan warganet apabila mendengar Denny berkata Bibi akan sentiasa ada untuk menemani Gala walaupun sudah tiada di dunia. “Tapi, Gala, kalau terjadi apa-apa dekat kamu, mungkin saya tak boleh ada dan mungkin saya tak akan sentiasa ada, tapi percayalah papa akan sentiasa menemani kamu walaupun papa sudah tiada di dunia ini,” kata Denny.
Seperti yang dilaporkan, terdapat lima orang dalam Pajero Sport berwarna putih ketika terlibat dalam kejadian yang tak diingini. Tiga orang termasuk Gala Sky Ardiansyah, anak tunggal Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah terselamat.
Dua lagi yang turut terselamat iaitu pengasuh bernama Siska Lorenza dan pemandu bernama Tubagus Joddy. Siska luka teruk, manakala Joddy dilaporkan tidak luka.
Sumber : Murai.my
Kredit - apampink
Post a Comment