Ada pula pihak yang mengusik Shuib masih belum move on. Sekali Shuib akui masih tunggu Sarah hadir dalam mimpi dan ini penjelasannya.

Ada pula pihak yang mengusik Shuib masih belum move on. Sekali Shuib akui masih tunggu Sarah hadir dalam mimpi dan ini penjelasannya.

Usikan nakal segelintir pihak kononnya Shuib Sepahtu masih belum ‘move on’ dengan kehilangan Allahyarham Siti Sarah tidak menghalang pelawak itu untuk terus berkongsi perasaannya di media sosial.

Ada pula pihak yang mengusik Shuib masih belum move on. Sekali Shuib akui masih tunggu Sarah hadir dalam mimpi dan ini penjelasannya.



Kata Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad, 37, sebagai suami yang kehilangan isteri secara mengejut, dia punya hak untuk berbuat demikian.

ARTIKEL MENARIK:Tular foto Baby Shima bermesra dan pegang gelas minuman di kelab malam dan cetus tanda tanya ramai. Sekali Baby Shima minta warganet jangan sibuk.




Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman (kanan) ketika majlis tahlil untuk Siti Sarah.

“Saya tak berani cakap bila akan move on. Malah saya tak hairan pun orang nak cakap apa. Masing-masing ada dia punya jalan cerita sendiri. Itu hak saya untuk mengingati dia. Semua ada kehidupan masing-masing,” katanya ketika ditemui mStar pada majlis tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah pada Selasa.

Turut diadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan yang kini berusia hampir tiga bulan. Upacara diketuai pendakwah terkenal, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Sebelum ini muncul komen-komen tidak menarik di media sosial apabila Shuib dilihat kerap berkongsi status dan foto kenangan bersama Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Sampai hari ke-100 ni pun… minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia (dalam mimpi), rindu sangat.



Loading...


Namun kata Shuib dia tidak perlu melatah dengan pandangan segelintir pihak berkenaan hal itu. “Saya terfikir juga mungkin dengan posting di media sosial, boleh sampai lagi sedekah al-Fatihah untuk dia. Lagi pun media sosial ni bukanlah semata-mata tempat nak meluahkan perasaan. Ia juga menjadi tempat berkongsi sesuatu… mungkin orang nak baca dan kita just nak share,” katanya lagi.


Shuib bersama anak-anaknya (dari kiri) Ariq Matin, Dzahira Talita Zahra, Ayash Affan dan Uwais Alqarni.

Dalam pada itu Shuib memberitahu sejak pemergian Sarah dia tidak pernah berhenti berharap semoga arwah muncul dalam mimpi. “Dia tak pernah datang dalam mimpi saya, hanya datang dulu dalam mimpi Matin. Sampai hari ke-100 ni pun… minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia, rindu sangat,” katanya. Sementara itu bercerita tentang anak-anak dan tanggungjawabnya sebagai bapa tunggal, Shuib berkata dia bersyukur apabila urusannya dipermudahkan.


Shuib bersyukur perjalanannya sebagai bapa tunggal kepada empat cahaya mata sentiasa dipermudahkan.

“Alhamdulillah Ayash bayi yang sangat luar biasa. Terasa la kesusahan tu sikit tapi Alhamdulillah saya ada keluarga yang tak pernah tinggalkan saya. Selalu bantu jaga anak-anak,” ujarnya. Untuk rekod Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011. Selain Ayash, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun. Sumber : Mstar

Kredit -apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post