ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP diminta melakukan s.iasatan secara telus bagi memastikan pengguna tidak dit.indas dengan harga makanan tidak munasabah di sebuah restoran di Langkawi.
Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff, berkata keja.dian berlaku berkemungkinan masalah komunikasi antara pihak restoran dan pelanggan mengak.ibatkan rasa tidak puas hati seterusnya menularkan bil makanan di media sosial.
ARTIKEL MENARIK:Selepas Kes Siakap, Kedai Makan Ini Pulak Jadi Perhatian Netizen Kerana Hidang Nasi Bertimbun
Beliau berkata, pelanggan itu sepatutnya terus melaporkan kepada KPDNHEP supaya s.iasatan dapat dilakukan dan mengambil tindakan tegas jika terdapat kes.alahan.
Akhirnya KPDNHEP Keluar Notis Buat Owner Kedai Jwab, Yang Paling Mengejvtkan Bukan Hanya Siakap
“Setakat ini, kita tidak tahu sama ada penjual pemilik restoran mempamerkan tanda harga atau tidak, jika tiada maka t.indakan tegas perlu dikenakan.
“Namun, jika ikan siakap hidup yang dikatakan hanya untuk pameran saja, penjual sepatutnya bertegas tidak menjualnya kepada pelanggan,” katanya ketika dihubungi.
Diberi Masa Lima Hari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan notis kepada peniaga restoran terapung di sini untuk mendapatkan penjelasan mengenai hidangan seekor ikan siakap yang dijual pada harga RM 1,196 baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasaan KPDNHEP Kedah, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, notis tersebut dikeluarkan mengikut S.eksyen 21 A.kta Kawalan Harga A.nti Penc.atutan 2011 selepas isu tersebut tular dalam media sosial.
Menurutnya, notis tersebut juga bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan item tertentu serta perniagaan dijalankan perlu dijawab dalam tempoh lima hari.
Katanya, sekiranya gagal memberi kerjasama dalam tempoh ditetapkan, pengusaha restoran terbabit boleh dikenakan t.indakan.
“Apabila kita keluarkan notis tersebut, itu tidak bermakna pengusaha restoran berkenaan sudah dianggap bers.alah.
“Sebaliknya, maklumat yang kita minta ini akan digunakan untuk membuat analisa mengenai kos bagi setiap item yang diminta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Selain itu, beliau menambah, pemilik restoran tersebut juga diminta memberi penjelasan mengenai kos ikan serta beberapa makanan lain dan jus tembikai.
Katanya, mereka turut diminta menyatakan kos dari segi utiliti, pembayaran gaji pekerja dan sebagainya. Jelasnya, setiap penjelasan berhubung perkara itu turut perlu disertakan dengan dokumen sokongan.
“Kita beri tempoh lima hari untuk pengusaha restoran terbabit menjawab beberapa perkara yang dikemukakan dalam notis terbabit. Apabila mereka sudah serahkan jawapan nanti, kami akan nilai satu demi satu setiap kos yang dinyatakan itu dan membuat analisa sama ada memang berlaku kenaikan harga tidak munasabah atau sebaliknya,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd. Shahran, setakat ini, hanya satu laporan rasmi diterima pihaknya berhubung perkara itu.
“KPDNHEP sekarang ini sedang giat melaksanakan Ops Menu bagi memastikan kalangan peniaga benar-benar mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya.
Akhirnya KPDNHEP Keluar Notis Buat Owner Kedai Jwab, Yang Paling Mengejvtkan Bukan Hanya Siakap
Pada Khamis lalu, tular di media sosial mengenai d.akwaan seorang lelaki yang terpaksa membayar bil makanan tengah hari untuk tujuh individu berjumlah keseluruhan RM 1,852.
Menerusi bil yang dipaparkan lelaki tersebut di laman Facebooknya, harga seekor siakap seberat 7.4 kilogram yang menjadi hidangan ahli keluarganya sebanyak RM 1,196.
Kredit : Kosmo
Kredit -Trending Sangat
Post a Comment