Tujuh lagi kluster Covid-19 dikesan

Tujuh lagi kluster Covid-19 dikesan

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini dengan tiga daripadanya membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu di pusat tahanan, komuniti, keagamaan dan institusi pendidikan tinggi swasta.

Tujuh lagi kluster Covid-19 dikesan



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu ia menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang ditemui di negara ini sebanyak 5,788.

ARTIKEL MENARIK:‘Takkan Tak Mampu Selepas Dah Sebat Duit Kerajaan?- TMJ Persoal Keadaan Padang Negara


“Bagaimanapun masih terdapat 390 kluster yang masih aktif namun, kluster yang telah ditamatkan berjumlah 5,398,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan harian Covid-19, hari ini.

Terdahulu hari ini, Noor Hisham berkata, sebanyak 5,291 kes baharu positif Covid-19 direkodkan tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,486,630 kes setakat ini.

Tambahnya, daripada jumlah kes jangkitan baharu itu, sebanyak 5,284 merupakan penularan tempatan manakala tujuh lagi kes import.



Loading...


Noor Hisham memberitahu, sebanyak 545 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 286 daripada memerlukan bantuan alat pernafasan.

Berdasarkan pecahan Noor Hisham berkata, sebanyak 5,216 kes terdiri daripada kategori satu dan dua manakala bakinya adalah dari kategori tiga, empat dan lima. – MalaysiaGazette




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post