Rossa dedah sebulan tak tinggal sebumbung dengan Shuk Sahar akhirnya tekad untuk bercerai.
Begitulah pendedahan yang dibuat oleh Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali dengan panggilan Rossa Sera yang juga isteri kepada pelawak Shuk Sahar tentang rumahtangga mereka yang sebelum ini diketahui umum sudah retak.
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Nikita Mirzani Tampil Beri Penjelasan Selepas Dituduh Hina Agama Islam
Rossa Dedah Sebulan Tak Tinggal Sebumbung Dengan Shuk
Perkongsiannya menerusi petikan dari Harian Metro, Rossa menerangkan dia dan suami sudah sebulan tidak tinggal sebumbung dan mengambil keputusan untuk menfailkan perceraian.
Malah ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga sudah tidak boleh menahan sabar dengan sikap curang suaminya lalu nekad untuk bercerai.
“Saya dalam proses failkan cerai terhadap Shuk. Saya nekad untuk bercerai kerana hampir lima tahun bertahan dengan penderaan emosi ini. Malah, sejak sebulan lalu kami tidak lagi tinggal bersama.
“Orang Luar Berkongsi & Bertanya Kepada Saya”
“Pelik kerana perceraian sudah dalam proses, kenapa mereka berdua tidak dapat bertahan seketika dan semakin ligat? Sebagai isteri, pastinya saya mempunyai naluri mengenai kehadiran wanita lain ketika Shuk bekerja di Pulau Pinang.
“Dia suka memanipulasi dan itu membuatkan saya sering memaafkannya. Apabila terbongkar begini, orang di luar sana yang berkongsi dan bertanya kepada saya,” ungkapnya seperti mana yang dilaporkan.
Kali Ini Tegas Dengan Keputusan Hendak Berpisah
Pasangan yang bernikah pada 20 Disember 2015 ini kisah mereka menjadi hangat apabila Rossa membongkar kecurangan suaminya menerusi platform media sosial.
Namun Rossa telah memaafkan suaminya, takdir penentu segalanya mahligai mereka terus dilanda badai apabila Shuk ditangkap curang.
“Apa yang penting kali ini saya tegas dengan keputusan untuk berpisah. Shuk dengan perempuan itu memang banyak kali berpakat. Rasanya cukuplah kesabaran saya sehingga ke tahap ini saja. Tempoh sebulan berjauhan ini memberikan saya ruang untuk berfikir dengan lebih mendalam.
“Keluarga juga tidak menghakimi atau membenci Shuk kerana apa pun keputusan terletak di tangan saya. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cepat,” luah Rossa yang juga sebelum ini tidak menafikan dakwaan suaminya curang bersama wanita lain di Pulau Pinang apabila diajukan persoalan itu oleh netizen di akaun Instagramnya.
Semoga Rossa Sera tabah menghadapi dugaan ini ya. Paling penting jagalah anak-anak dengan baik.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Rossa Sera
Kredit - Mingguan Wanita
Post a Comment