Alhamdulillah ada lagi berita baik. PM umum kerajaan setuju naikkan kadar bantuan bagi setiap ketua isi keluarga golongan ini.

Alhamdulillah ada lagi berita baik. PM umum kerajaan setuju naikkan kadar bantuan bagi setiap ketua isi keluarga golongan ini.

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan wang ihsan (BWI) daripada RM 500 kepada RM 1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika m.onsun Timur Laut atau b.encana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Alhamdulillah ada lagi berita baik. PM umum kerajaan setuju naikkan kadar bantuan bagi setiap ketua isi keluarga golongan ini.



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif melibatkan peruntukan RM 39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah B.antuan B.encana Negara itu dijangka meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah.

ARTIKEL MENARIK:(Video) Nak Internet Laju & Tak ‘Lag’ Masa Main Game? Cuba Buat Cara Mudah Ni Dulu




“Pemberian b.antuan ini bukanlah satu bentuk p.ampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami, tetapi untuk mengurangkan beban yang ditanggung. Ini antara pendekatan baharu yang diambil oleh kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi m.onsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada awal Nov sehingga penghujung Mac 2022, melibatkan negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat JPBP yang dipengerusikannya pada 13 Sept. Ismail berkata, pendekatan lain yang turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah pembangunan sistem e-sumbangan NGO sebagai platform penyelarasan bantuan antara penderma dan NGO kepada m.angsa b.encana.

“B.antuan perlu melalui Jawatankuasa Pengurusan B.encana Pusat negeri daerah supaya penyelarasan b.antuan dapat dilakukan lebih lancar dan sistematik,” katanya. Katanya, badan sukarela yang ingin melakukan pergerakan menghantar b.antuan, perlu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan B.encana Pusat negeri daerah terlebih dahulu memandangkan jawatankuasa peringkat tempatan lebih arif dengan kehendak dan keperluan mmangsa di kawasan terjejas.

“Saya menasihatkan agar semua pihak yang terlibat supaya konsisten dalam merancang dan melaksanakan penambahbaikan pengurusan b.encana melalui program dan projek yang bermanfaat di negeri masing-masing. Bersesuaian dengan semangat Keluarga Malaysia juga, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa peka dan prihatin dengan persekitaran termasuk terhadap jiran dan rakan selain ahli keluarga sendiri ketika musim tengkujuh nanti, untuk mengelak sebarang keja.dian tidak diingini,” katanya.

Kenaikan Kadar


Dalam lawatan saya ke Kota Kinabalu hari ini, saya telah mengumumkan Peruntukan Agensi Pengurusan B.encana Negara (NADMA) berjumlah RM 18,241,250 kepada Negeri Sabah bertujuan untuk melancarkan proses tindak balas b.encana supaya kebajikan rakyat terus terpelihara.

Saya berharap agar sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk membantu individu yang terlibat dengan tanah r.untuh di Penampang, Sabah semalam. Saya ucapkan takziah dan sangat bersimpati kepada individu yang terlibat. Saya turut mengumumkan kenaikan kepada B.antuan Wang Ihsan dari RM 500 ke RM 1,000. Keadaan pasca b.anjir memang membebankan bagi setiap isi rumah yang terjejas ak.ibat M.onsun Timur Laut (MTL).


Justeru, saya juga mengumumkan Peruntukan Perbelanjaan Operasi dalam MTL 2021/2022 berjumlah RM 9.5 j.uta yang akan disalur menggunakan Kumpulan Wang Amanah B.antuan B.encana Negara. Sudah menjadi satu tanggungjawab ke.rajaan untuk sentiasa berusaha meringankan beban mereka yang diuji dengan b.encana, apatah lagi yang diuji ini warga Keluarga Malaysia. Sumber : Media Viral



Loading...


Selepas Tular Kejadian Yang Libatkan LRT Tersebut. Kini Ada Pihak Tampil Dan Umumkan Akan Beri Bantuan Khas Sebanyak Ini.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 b4ntuan khas akan diberikan kepada 213 individu yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini di LRT malam tadi. Beliau berkata demikian ketika lawatan ke lokasi kejadian di stesen KLCC pagi ini.

Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan luka dengan 47 daripadanya teruk apabila dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut.

Khidmat tren diteruskan seperti biasa hari ini. Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berkata Prasarana beri jaminan akan menambah baik SOP perkhidmatan LRT.Sumber: Bernama

Bantuan Khusus Buat Rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor Akhirnya Dedahkan Jenis Jenis Bantuan Yang Bakal Disalurkan

Dilaporkan sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,kerajaan negeri Selangir telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini. Dinamakan Pakej Kita Selangor,ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.”Bagi bantuan khas PKP, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk melaksanakan saringan bersasar, dengan fokus diberi kepada warga emas, golongan B40 dan mahasiswa Selangor.

“Kerajaan negeri menerusi Selgate Healthcare telah menambahbaik fungsi aplikasi SELangkah untuk turut membantu dalam pengawasan kendiri (self monitor) pesakit COVID-19.”Bagi mengurangkan beban ke atas petugas barisan hadapan KKM, Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang.”Peruntukan RM100,000 pula diberikan setiap satu daripada 56 DUN menerusi PeruntukanKhas Selangor Mesra Rakyat, sekali gus membolehkan program atau aktiviti Mesra Rakyat yang melibatkan perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dilaksanakan secara terus,” ujarnya.

Amirudin juga mahu menyegerakan semua perancangan dan inisiatif yang dirancang dalam Belanjawan Selangor 2021.”Antara strategi utama ialah Program Digitalisasi di mana kerajaan negeri akan membelanjakan RM 369 juta melalui dana negeri dan anak-anak syarikat.”Pelaksanaan PKP bermula 13 Januari telah menuntut agar beberapa inisiatif ini dipercepatkan atas keperluan membantu golongan peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas serta pada masa yang sama memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya.

Tidak dilupakan, bantuan untuk negeri-negeri yang dilanda musibh banjir berjumlah RM2 juta.”Bagi menyantuni jiran-jiran tetangga kita, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk negeri Pahang. Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500,000,” tambahnya.



Kredit -Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post