Pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah berkongsi kenangan terindah buat dirinya ketika menunaikan umrah di tanah suci baru-baru ini di Instagram nya. Sebak Dapat Dekat Dengan Kaabah Dan Sentuh Hijir Ismail.
Ibu kepada enam cahaya mata ini meluahkan rasa terharu dan bersyukur, kerana diberi peluang berada dekat dengan kawasan Kaabah dan berpeluang menyentuh Hijir Ismail ketika menunaikan umrah pada hari kelima di tanah suci.
ARTIKEL MENARIK:“Apa-Apa Jadi Kau Nak Tanggung?,’ – Netizen Sound Hingga Tergamak Tulis ‘Beruk’, Ayu Damit Bidas Individu Biadab!
Bukan itu saja, wanita ini bertuah ini juga berkongsi bahawa dirinya dapat bersujud syukur di hadapan Multazam tanpa perlu risau dipijak oleh orang ramai berikutan kawalan ketat di sekitar Kaabah dan peraturan prosedur operasi standard Covid-19 di sana.
“Semalam 6 November 2021 Umrah kelima yang paling istimewa. Umrah sekarang tak sama macam dulu. Dah tak boleh pegang Kaabah dan Hijir Ismail, apatah lagi Hajarul Aswad selepas Tawaf. Tapi rezeki Bonda, dipanggil polis Arab untuk masuk ke ruangan wheel chair. Dapat berada dekat dengan Kaabah walaupun tak pegang. Dapat pegang Hijir Ismail yang dirindui.. Dapat sujud syukur depan Multazam tanpa dipijak kepala dan tangan ini. MasyaAllah terima kasih Allah. Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan.. Alhamdulillah. Sebaknya Allah sahaja yang tahu.. Aku ni hamba penuh hina dan dosa.. Tapi KAU masih pandang aku Ya Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.” Luahnya. Melihat perkongsian Yatt di Instagram membuatkan orang ramai turut berasa sebak dan terharu sama, dan masing-masing meluahkan agar dapat menjejakkan kaki di tanah suci satu hari nanti.
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Ma Shaa Allah kak Yatt Hamzah, dapat memegang Hirj Ismail. Hajar Aswad dan Kaabah melihat dekat-dekat syukur Ya Allah, Aamiin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bonda dapat umrah mabrur.. Doakan saya sampai ke sana juga bonda. Alhamdulillah… Bestnya dapat dekat Kaabah… Moga ada rezki dapat ke sana dan dapat dekat dengan Kaabah.. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin. Sebak melihat Kaabah.. Ya Allah rindunya dan doakan agar dapat ke sana bersama anak-anak InsyaAllah. Subhanallah… Alhamdulillah.. Allahuakbar..” Komen mereka
Bertuahnya Yatt Hamzah, dapat berada dekat dengan Kaabah, menyentuh Hijir Ismail dan dapat bersujud syukur di hadapan Multazam di tanah suci. Sumber: Murai
Idam Bawa Keluarga Menetap Di Madinah. Yatt Hamzah Tidak Kisah Berkerja Sebagai Pekerja Pembersihan.
Berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada ketika ini, merupakan satu rahmat dan keistimewaan yang dikurniakan Allah SWT buat hambaNYA. Ramai juga rakyat Malaysia yang bertuah dan dijemput menjadi tetamu Allah, dan antaranya adalah pelakon Yatt Hamzah.
Berhasrat Bawa Keluarga Tinggal Di Madinah
Pelakon Yatt Hamzah yang kini berada di Kota Madinah berkongsi rasa gembira dan terharu apabila diberi peluang untuk membersihkan Masjid Nabawi, iaitu tempat kedua paling suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah, 40, dilihat menggunakan alat pembersih hampagas (vakum) untuk membersihkan karpet dalam masjid yang juga dikenali sebagai Masjid Nabi itu.
“Semalam lepas Asar, Bonda (panggilannya) dapat peluang bersihkan Masjid Nabi SAW. Perasaannya luar biasa, MasyaAllah walaupun hanya sekejap,” jelasnya.
Kata Yatt lagi, dia sudah lama berhajat untuk membantu pekerja-pekerja kebersihan di Masjid Nabawi, namun belum mempunyai rezeki untuk berbuat demikian.
Jelas pelakon Dunia Baru itu lagi, dia juga sangat mementingkan kebersihan dan tidak suka pada suasana rumah yang kotor.
“Memang dah lama teringin nak membantu pekerja-pekerja kebersihan dalam Masjid Nabawi sebab Bonda memang sangat suka membersihkan rumah. Tak suka nampak kotor.
Baru je berlepas ke Umrah malam tadi. Yatt Hamzah zahir rasa gembira dapat buat umrah walaupun seorang diri.
Pelakon yang juga aktivisis kemanusiaan, Yatt Hamzah menzahirkan rasa gembira apabila dapat mengerjakan ibadah umrah walaupun seorang diri tanpa ditemani suami tercinta, Mohamad Zulfahdli Khairuddin. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Yatt atau nama lengkapnya Haryati Hamzah, 40, berkongsi foto dia ditemani keluarga termasuk anak-anak sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Tanah Suci.
“Ya Allah Kau Maha Baik. Terima kasih masih terima aku yang hina penuh dosa ini menjadi tetamu Kau lagi. Mohon doa kalian semua pengikut saya dalam media sosial. Bonda (panggilannya) umrah seorang diri kali ini tanpa suami dan anak-anak. Beratnya nak tinggalkan anak Allah SWT sahaja yang tahu,” jelas Yatt.
Pelakon yang pernah membintangi drama Dunia Baru itu bagaimanapun tidak berkongsi sebab suaminya tidak turut serta mengerjakan ibadah umrah bersamanya. Dalam pada itu, Yatt berkata dia tekad untuk mengerjakan umrah walaupun seorang diri kerana menganggap perkara itu sebagai satu pengorbanan demi Rasulullah SAW.
“Demi Rasulullah SAW aku rela berkrb4n. Ya Allah kuatkan aku. Semoga beroleh umrah mabrurah (umrah yang diterima Allah SWT). Amin,” katanya. Menerusi hantaran itu juga, Yatt turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kakitangan di KLIA kerana membantu memudahkan urusannya mengerjakan ibadah umrah.
Perkongsian Yatt turut mendapat doa dan sokongan daripada rakan-rakan artis mereka apabila turut berkongsi rasa gembira dan teruja. “Seronoknya Ya Allah. Semoga selamat sampai dan dipermudahkan segalanya,” ujar pelakon Anita Baharom. Selamat mengerjakan umrah. Semoga dalam rahmatNya dan lindungan-Nya. Amin,” ujar aktres Datin Paduka Umie Aida.
Terdahulu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan pembukaan pintu masuk ke negara tersebut untuk ibadah umrah bermula 10 November lalu selepas ditutup dalam tempoh lama akibat pandemik Covid-19. Ibadah umrah kini boleh ditunaikan dalam norma baharu selepas kerajaan Arab Saudi menetapkan beberapa peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) untuk para Jemaah termasuk penggunaan aplikasi di telefon pintar bagi mendapatkan permit melakukan umrah berulang kali dan solat berjemaah di Masjidil Haram. Sumber – K! ONLINE
Kredit -Era Kini
Post a Comment