Boleh pulak nak puji Florida isu vksin dan pelitup muka. Sekali ramai pulak warganet tampil bidas kenyataan Lana Nodin.

Boleh pulak nak puji Florida isu vksin dan pelitup muka. Sekali ramai pulak warganet tampil bidas kenyataan Lana Nodin.

Pelakon kontroversi, Lana Nodin sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila dia memuji negeri Florida di Amerika Syarikat kerana tidak lagi mengenakan peraturan memakai pelitup muka ketika keluar rumah.

Boleh pulak nak puji Florida isu vksin dan pelitup muka. Sekali ramai pulak warganet tampil bidas kenyataan Lana Nodin.



Menerusi hantaran di Instagram Story, Lana yang turut meletakkan tag Instagram Rita Rudaini berkata, Florida juga merupakan satu-satunya negeri yang tidak mewajibkan penduduknya untuk mengambil vaksin.

ARTIKEL MENARIK:Ada pula pihak yang mengusik Shuib masih belum move on. Sekali Shuib akui masih tunggu Sarah hadir dalam mimpi dan ini penjelasannya.


“This is the truth… Haa @ritrud727 kan kami dah cakap sini tak (ada) orang nak paksa hampa nak pakai ka ambik ka, takde pun kes CVDI9 melambung sampai 6k sehari walaupun takde SOP langsung. Orang tak hairan pun pasal benda ni. Takde pulak hospital penuh pasal kes CVDI9? Sebab apa? Sebab orang tak nak cucuk. Pasal tu kes sangat-sangat rendah kadang-kadang death rate dalam sehari takde langsung! Takde la sampai masuk hospital pakai gas oksigen walaupun dah cucuk 2 dose cakap ni stage 1 and stage 2 je… masih hidup dalam indenial. walaupun itu sebenarnya stage 3 dah,” tulisnya.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh warganet di sebuah forum hiburan, seperti biasa, rata-rata membidas kenyataan yang ditulis oleh Lana.“Dia ni memperjuangkan kebodohan ka? Apa ke hal kata Florida tu bagus bebenar walaupun no SOP, low vaccination rates? Orang hati hitam lagi buta ni memang gini agaknya,” tulis seorang warganet.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan Lana mengenai fakta mengatakan Florida merupakan negeri rendah kes COVID-19.“Ada bukti ka Florida ni yang terbaik? Kalau betul terbaik sepatutnya WHO dah jadikan Florida sebagai kajian kes. “Lana ni bodoh sombong. Kalau kau bijak dan sayang Malaysia sepatutnya kau bagi idea untuk Malaysia buat macam ni buat macam tu.. tapi cara kau approach pasal isu ni buat orang menyampah. Nak puji orang luar tapi pada masa yg sama ktvk malaysia…ko rasa ada ka kerajaan nak dgr isu ko ni?” ujarnya.



Loading...


Dalam pada itu, ada seorang warganet secara ringkas mengandaikan Lana insecure dengan diri sendiri.“Hari-hari duk merempan pasal SOP dan vaksin kat Malaysia kenapa Lana? Insecure sangat nampak gayanya. Berlambak orang lain tak nak vaksin tapi cool-cool je. Kau 24 jam merempan.“Kau ni yang takleh move on dari Malaysia. Kalau kau tak post apa-apa takda sapa pun peduli kewujudan kau di atas muka bumi ini,” kata netizen berkenaan. Sumber : Gempak

Kredit -apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post