Apa kaitannya layanan suami terhadap isteri dengan kemurahan rezeki? Seorang suami yang bertanggunjawab akan memandang nafkah isteri adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan selain daripada ibu bapa sendiri.
Walaupun zaman moden ini menyaksikan isteri juga mempunyai pendapatan sendiri namun urusan nafkah masih tergalas dibahu suami.
ARTIKEL MENARIK:Peguam Syarie Setuju Sijil Nikah Ibubapa Pihak Lelaki Perlu Dikemukakan, Elak Terkahwin Adik-Beradik!
Urusan perbelanjaan keluarga yang baik harus mendapat persetujuan pasangan suami isteri untuk samaa-sama keluar daripada masalah kesempitan hidup. Jika suami merasa terlalu terbeban, alangkah baiknya jika ia dapat berbincang dengan baik supaya ketidakpuasan hati dapat dielakkan. Ada kalanya urusan material bukanlah punca segalanya, tetapi ketegangan perasaan, kurang perhatian menjadi isu mengganggu emosi.
Jika berpendapatan sedikit, berikanlah sedikit. Jika banyak, berilah mengikut jumlah yang sebaiknya. Allah swt tidak pernah meminta suami memandang rendah isu nafkah ini sehingga berlaku zalim pada isteri dan anak-anak. Jangan juga mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu dan bapa. Redha mereka adalah sumber terbesar datangnya redha Allah swt. Pokoknya, berlaku adil kepada semua. Berat tanggungjawab suami ini, namun sebagai manusia beragama Islam, sentiasalah berpegangn pada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.
Perkongsian daripada lelaki ini melalui laman Kisah Rumah Tangga di Facebook menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memberi pelbagai reaksi akan situasi yang dihadapi. Kesempitan wang yang dihadapi kerana mengabaikan nafkah isterinya wajar dijadikan rujukan para suami diluar sana. Tak salah berbakti pada orang tua, namun jika sudah berkahwin, tanggungjawab pada isteri juga jangan dilupakan.
Mari baca luahan lelaki ini setelah mendapat nasihat daripada seorang pakar agama dalam menungkap permasalahannya. Wahai Lelaki, Tahukah Anda Kepada Siapa Nafkah Perlu Didahulukan?
Saya seorang suami dan juga bapa kepada dua orang anak,bagaimana saya nak mohon maaf ye kepada isteri saya min,ceritanya begini saya bab nafkah akan utamakan dahulu kedua orang tua saya kerana bagi saya orang tua saya pembawa rezeki buat saya, isteri saya berkali-kali saya skip nafkah dia sebab nak beri kepada kedua orang tua saya.
Rezeki saya sangat teruk kebelakangan nie, semalam saya solat dekat masjid selesai solat saya luahkan dengan imam tu kebetulan kami sembang,saya tersentap bila imam tanya nafkah kepada isteri ada beri tak setiap terima gaji saya pun cerita lah saya beri kepada orang tua dahulu, imam tu senyum dan cakap dalam islam pun sudah jelas nafkah yang wajib kamu beri setelah diri kamu adalah isteri bukan kedua orang tua kamu, jangan merungut kalau rezeki kamu sangat sempit sekarang kerana siapa tahu isteri kamu tak redha, balik lah mohon maaf padanya dan perbetulkan lah kesalahan kamu insyaallah rezeki kamu akan melimpah ruah kerana isteri pembawa rezeki sebenar bukan kedua orang tua kamu.
Timbul rasa bersalah sangat kepada isteri min, sekarang baru saya faham kenapa solat, doa dan utamakan kedua orang tua saya pun rezeki tetap teruk rupanya saya tak adil kepada isteri saya. isteri ku abang minta maaf.
Sumber : Imuslimnetwork
Kredit -Rencah Rasa.
Post a Comment