Peguam Syarie Setuju Sijil Nikah Ibubapa Pihak Lelaki Perlu Dikemukakan, Elak Terkahwin Adik-Beradik!

Peguam Syarie Setuju Sijil Nikah Ibubapa Pihak Lelaki Perlu Dikemukakan, Elak Terkahwin Adik-Beradik!

Tular di Twitter mengenai isu hanya pihak perempuan sahaja yang perlu melampirkan sijil nikah ibu bapa dalam urusan permohonan perkahwinan, manakala pihak lelaki tidak perlu berbuat demikian.

Peguam Syarie Setuju Sijil Nikah Ibubapa Pihak Lelaki Perlu Dikemukakan, Elak Terkahwin Adik-Beradik!



Hal ini menimbulkan isu berbangkit oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Shakila Schon, yang berkongsi pandangannya tentang permasalahan ini.

ARTIKEL MENARIK:Dahsyat, Kadar Kes Perceraian Harian Dalam Tempoh PKP Amat Membimbangkan.


Terkejut Hanya Pengantin Perempuan Saja Perlu Sediakan Sijil Nikah Ibu bapa

Shakila akui dirinya terkejut apabila mengetahui prosedur permohonan perkahwinan sebelah perempuan, perlu menyediakan sijil perkahwinan ibu bapanya manakala sebelah lelaki tidak perlu disertakan bersama..

Pengguna Twitter ini turut persoalkan isu nasab keturunan bukan saja perlu diketahui pada sebelah pengantin perempuan sahaja, malah sebelah pengantin lelaki juga perlu untuk mengelakkan berlakunya terkahwin adik-beradik sendiri dikemudian hari.


Foto – Twitter @markonahajis

“Ok, aku terkejut bila isi borang nikah ada bahagian kena sediakan sijil nikah mak ayah. Tapi untuk pengantin perempuan sahaja. Pihak lelaki tak perlu sertakan sijil nikah ibubapa. Ya, kita tahu pasal nasab keturunan etc, takut (!) terkahwin anak tak sah taraf yada yada

Tapi kenapa ianya ok untuk kahwin anak tak sah taraf kalau lelaki? Atau lihat pada arah ini. Lelaki tu anak angkat ke kan. Putuskan nak kahwin. Tak perlu sediakan sijil nikah ibubapa. Tahu-tahu, pengantin lelaki dengan perempuan adalah adik-beradik. Macam mana nak selesaikan?” Ciapnya

Peguam Syarie Setuju Pengantin Lelaki Juga Perlu Lampirkan Sijil Nikah Ibu bapa

Tweet Shakila juga telah mendapat perhatian peguam syarie Atikah Rashid, yang turut bersetuju dengan isu yang dibangkitkan oleh Shakila. Peguam syarie ini  turut mengatakan sudah tiba masanya permohonan kebenaran berkahwin dinaiktaraf.


Foto – Twitter @Atikah10490


Loading...


“Sebenarnya ada betulnya ni, sebab teringat kes yang suami isteri yang rupa-rupanya adik-beradik tu. Ayah dia orang kahwin dekat Siam atau Thailand macam tu. Rasa memang dah kena ‘upgrade’ permohonan kebenaran berkahwin ni sebab kena tahu juga latarbelakang ibu bapa pengantin lelaki.

Nasab memang penting dalam isu perkahwinan dan perwalian terutama bagi pengantin perempuan. Itu ada dalam hukum syarak. Apa saya lihat tak ada siapa yang nafikan perkara tersebut. Yang jadi isu kepada pengantin lelaki. Pengantin lelaki juga perlu ‘declare’ status dia dengan kemukakan sijil nikah ibu bapa.

Bimbang kalau-kalau ada pertalian dengan pengantin perempuan. Isu ni sama berat sama macam isu perwalian bagi pengantin perempuan. Jadi bagi saya perlu dititikberatkan sebab dah ada kes terjadi adik-beradik terkahwin sebab ibu bapa kahwin di Siam.” Ciap peguam syarie Atikah

Selain itu, peguam syarie Saizah Zakaria juga berpendapat kedua-dua belah pihak perlu sertakan sijil nikah ibu bapa masing-masing bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit dikemudian hari kelak.


Foto – Twitter @saidah_zakaria/Ieyra Blog

“Ya betul. Setuju bab yang tu. Kedua-dua belah pihak patut lampirkan sijil nikah mak ayah masing-masing supaya kedua-dua isu diselesaikan tanpa isu berbangkit kemudian hari nanti. Isu wali selesai bila isteri lampirkan. Isu tak terkahwin adik-beradik juga selesai kalau suami juga lampirkan.” Ciap peguam syarie Saidah pula

Betul juga , kedua-dua belah pihak kena sediakan sijil nikah ibu bapa supaya tiada isu terkahwin dengan pertalian darah sendiri berlaku. Ini isu berat dan harus dititikberatkan oleh pihak berkaitan, apatah lagi telah berlaku kes-kes sebegini di Malaysia.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post