Aktor kacak Indonesia, Baim Wong dikenali sebagai figura yang baik hati kerana sering memberikan wang kepada setiap individu yang ditemuinya di jalanan.
Walaubagaimanapun, Baim kali ini dianggap ‘biadap’ terhadap seorang warga emas orang yang cuba menawarkan produk jualannya kepada pelakon itu.
ARTIKEL MENARIK:“Ciuman Terakhir Mama Buat Not” – Anak Perempuan Safura Ya’cob Meninggal Dunia
Terganggu Dengan Warga Emas Yang Mengekorinya
Insiden ini dilihat dalam salah satu konten Baim di Youtube. Netizen kemudian memuatnaik semula video klip tersebut di TikTok sehingga menjadi tular di media sosial. Dalam video itu, kelihatan Baim seperti rasa terganggu kerana diekori oleh seorang lelaki ketika berada di jalanan sebelum bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Kenapa?
Lalu apa kaitannya ini dengan mengejarku demi wang?”-soal Baim
Balas warga emas tersebut, dia mengejar Baim kerana berharap aktor itu akan membeli peroduk jualannya.
“Minta bantuan sahaja untuk membantu saya, jual saja.”- jelas lelaki itu
Respon Baim Sangat Mengecewakan
Namun begitu, respon Baim disifatkan sebagai mengecewakan kerana dia dilihat berkelakaun ‘biadab’ terhadap warga emas yang tersebut.
“Apa? Kamu mengikutiku berapa kilometer. Apa yang kamu lakukan?
Tidak, tidak ada yang mengemis.”- tegas Baim
Dalam pada itu, Baim menamatkan perbualannya bersama warga emas tersebut dan eralih ke dengan ojek online (teksi motorsikal atas talian). Bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut memberikan wang kepada mereka yang berada di sekitarnnya.
“Seperti dia, bekerja. Ini Pak. Ini baru kerja. Diberi wang keraja kerja. Ini kerja “- katanya lagi
Baim Dikritik Netizen Indonesia
Menerusi tinjauan Murai.my di ruangan komen mendapati rata-rata netizen di Indonesia berpendapat tindakan Baim tersebut disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap warga emas.
“Allah tidak tidur..Allah Maha Melihat..sakit sekali melihat orang tua diperlakukan begitu, disakiti hatinya dan dipermalukan..Allah berkuasa mengangkat darjat dan menghinakan. Dan Allah Maha Mengetahui siapa yang layak untuk itu.
“Ketahuilah Pak Baim, diatas ilmu ada adab..Adab terhadap orang yang lebih tua.”
“Jangan begitu kepada orang tua..nanti ada akibatnya..seharusnya bercakap menggunakan etika supaya tidak menyakiti hati orang tua..Ingat Baim, hartanya titipan..semoga si Bapak mendapat rezeki yang besar.”
“Ya Allah Baim, jika kamu tiba-tiba miskin bagaimana? Kenapa melakukan begitu pada orang tua” ujar mereka
Apa pendapat anda?
Kredit -Murai MY.
Post a Comment