Pelakon dan penyanyi, Safura Ya’cob pada petang Isnin berkongsi khabar duka apabila anak perempuannya telah meninggal dunia.
Ciuman Terakhir Safura Buat Anak Perempuan
ARTIKEL MENARIK:[VIDEO] Dituduh Tak Beri Nafkah Pada Anak Saudara, Ali Puteh Jelaskan Kes Mahkamah Belum Selesai
Menerusi sebuah hantaran yang dikongsi di laman Instagram, Safura berkata dia bersyukur kerana dapat mencium anak perempuannya, Allahyarhamah Noor Shafiela buat kali terakhir selain mendoakan rohnya ditempatkan di syurga.
“Alhamdulillah..ciuman terakhir mama buat Not..wangi seharum kasturi..semoga Allah tempatkan kamu anak ku Noor Shafiela di dalam syurga Allah..Aamiin..”tulis Safura
Rakan Selebriti Ucap Takziah
Di ruangan komen, peminat dan rakan-rakan selebriti seperti Wann,Azie,Sharifah Shahorah, Sharifah Shahirah, Riz Amin dan ramai lagi mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah buat Safura sekeluarga.
Sebagai info, selain Noor Shafiela, Safura turut mempunyai dua orang cahaya mata, Nurul Natasha Abd Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi menerusi perkahwinan terdahulu. Manakala perkahwinannya bersama pelakon Sahronizam Noor dikurniakan empat orang cahaya mata, Yusoff Firdaus, 12, Zara Nur Aisyah,11, Ariana Sofia,7 dan Nur Aisyah Mariam yang telah meninggal dunia pada 2008.
Salam takziah dari kami di Murai.my buat Safura sekeluarga. Al-Fatihah.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment