“Bagi la kejap!” – 3 tahun tak jumpa, wanita rindu peluk anak dihalang bekas suami

“Bagi la kejap!” – 3 tahun tak jumpa, wanita rindu peluk anak dihalang bekas suami

Sehari tidak menatap wajah anak pun sudah mula rasa kehilangan, apatah lagi terpaksa menahan rindu selama tiga tahun selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan pasangan.

“Bagi la kejap!” – 3 tahun tak jumpa, wanita rindu peluk anak dihalang bekas suami



Situasi perit itu dilalui seorang wanita yang mahu melepaskan rindu dengan memeluk anak lelakinya, namun berlaku kekecohan apabila dihalang oleh bekas suami di sebuah mahkamah baru-baru ini.

ARTIKEL MENARIK:“Selidik & Cek Mukamu Di Cermin” – PU Syed Hanya Tegur Selebriti, Nafi Tumpang Populariti


Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita menggunakan nama ‘Rias Jelita’ itu memuat naik video memaparkan dia berjalan mendekati anaknya yang ketika itu berada bersama bekas suami.

“Aku nak peluk anak aku! Bagi la sekejap..”

Tapi belum sempat disentuh, bekas suaminya itu dilihat segera membawa anak mereka beredar jauh dari wanita tersebut sebelum berlaku ‘perebutan’ sehingga terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga dan anggota polis.



Loading...


Bagaimanapun, wanita itu akhirnya dapat memeluk erat anaknya untuk beberapa saat sebelum ‘dipulangkan’ semula kepada lelaki terbabit yang dipercayai mendapat hak penjagaan.

Menerusi kapsyen, wanita berkenaan percaya kepada perancangan Allah SWT selain menyifatkan dirinya dianiaya oleh bekas suami sehingga tergamak memisahkan anak dengan ibu kandung.

Malah, dia juga menegaskan sanggup menghadapi apa jua halangan serta mengakui tidak pernah menyesal setelah bercerai dengan lelaki terbabit.

“Setelah hampir tiga tahun tak dapat jumpa anak2, jangankan jumpa nak call atau whatsapp pun tak boleh.. hari ni mahkamah minta keterangan anak2. Dapat la tengok anak2, nak pegang peluk.
 
“Sekejap pun tak boleh. Allahhu megahnya kau, berlagaknya kau dengan kuasa duit kau, hari ni kau beli undang2. Hari ni kau masih menang, kau masih berjaya dengan menindas org….
“Insyaallah Allah Maha Adil, Allah tahu segala yang berlaku. Kau boleh tipu mahkamah, kau boleh menang di mahkamah dunia ni. One day Allah akan rentap segalanya, ingat setiap kejahatan pasti ada balasan.

“Manusia yang paling zalim adalah manusia yang pisahkan ibu dgn anaknya. Jangan terlalu selesa menganiaya orang.
“Satu je nak cakap, walau apa pun yang aku terpaksa hadapi, aku sanggup hadap namun aku tak pernah menyesal bercerai dengan kau,” tulisnya.

Posting tersebut dikongsi sebanyak 5,400 kali dan menerima 3,3000 komen netizen yang rata-rata turut sebak melihat momen itu apabila si anak pula yang menjadi mangsa keadaan selepas ibu bapa bercerai.

Selain di Facebook, video berkenaan turut tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik oleh seorang pengguna @izhaikal sehingga meraih 3.6 juta tontonan.

Sumber: Facebook Rias Jelita , TikTok @izhaikal via Oh My Media




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post