Jakarta – Sebuah perkampungan di Indonesia menjadi perhatian masyarakat setempat kerana menempatkan kubur di kawasan keliling rumah sehingga menakutkan tetamu luar, lapor laman berita Merdeka semalam.
Menurut penduduk Kampung Pasir Makam dalam wilayah Jawa Barat itu, ada antara tetamu yang menolak untuk makan atau minum juadah yang disajikan kerana bimbang sisa dari kubur masuk ke dalam makanan.
ARTIKEL MENARIK:Baru Umur Awal 30-an, Pasangan Ini Bergelar Datuk & Nenek Setelah Anak 16 Tahun Bersalin
“Rata-rata orang luar Kampung Pasir Makam tidak mahu minum atau makan apa sahaja yang dimasak di sini kerana takut ada sisa daripada kubur yang masuk ke dalam makanan.
“Padahal, kubur dengan rumah kami itu jaraknya jauh,” kata seorang penduduk.
Sementara itu, penduduk kampung tersebut sudah terbiasa dengan keadaan itu, malah ada antara mereka yang tidak kisah tidur di halaman rumah yang terletak sangat dekat dengan kubur.
Loading...
“Pada waktu malam, saya suka menyejukkan badan di halaman rumah. Sudah 70 tahun tinggal di sini dan belum pernah ada kejadian mistik,” kata seorang warga emas yang tinggal di kampung itu.
Sumber : Kosmo via KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Post a Comment