Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi lnstagram nya membidas kembali kecaman usahawan selebriti yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Kak KM.
Tegur Kak KM Secara Terbuka Kerana Dosa
ARTIKEL MENARIK:“Ya, Anak Aku Kini Bek4s Bandvan,” Luahan Erma Fatima Tentang Ank Ketiganya Buat Ramai Seb4k
Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak, dia menegaskan bahawa tindakannya menegur Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli secara terbuka adalah kerana usahawan itu telah membuat dosa. Tambah pendakwah itu lagi,dia bertanyakan kepada Kak KM adakah wanita itu sedar akan perilakunya selama ini telah mengaibkan dirinya sendiri dan juga keluarga.
“Ambe(saya) tegur,dia kata mengaibkan dia..dah selama ini dok mengaibkan diri sendiri dan keluarga dia perasan atau tidak?
“Siapa yang mengaibkan siapa in? Ambe (saya) menegur secara terbuka sebab dia buat dosa dan viralkan dosa secara terbuka! Ambe(saya) tak perlu penghormatan dari dia..cukuplah Allah menyaksikan bahawa antara benar dan salah itu NYATA!
“Nak sangat jadi perhatian manusia..bak kata Diva AA dalam lahjah pantai timur “eh mu ngaji ke dop?”” tegur PU Syed
Berharap Kak KM Berubah
Dalam pada itu, PU Syed juga menyifatkan masih ada iman di dalam diri Kak KM kerana anak selebriti itu masih ‘terasa’ akan teguran yang diberikan. Malah, PU Syed berharap agar dia dapat berubah dan mencari rezek yang lebih berkat.
“Bila dia sentap dengan teguran ambe(saya)..itu tanda masih ada iman dalam diri..berubahlah..kerana nyawa ini bukan dalam kawalan kita..sekejap saja Allah boleh tarik..
“Ramai yang jadi jutawan dengan berniaga..dan membuat iklan yang patuh syariah..maka rezeki mereka akan berkat..tetapi jika sebaliknya..pasti tiada keberkatan dalam rezekimu..sekalipun banyak..” tulisnya lagi
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Kak KM berang dengan tindakan PU Syed gara-gara menuduhnya berdosa dan mendapat rezeki yang tidak berkat. Artikel Murai.my sebelum ini mendedahkan PU Sye menegur usahawan itu dan berkata suami dan ahli keluarga terdekatnya wajib menegur dan menasihati wanita tersebut agar dapat menutup aurat dari tatapan umum.
Kredit -Murai MY.
Post a Comment