Baru berusia 30-an, pasangan di Britain ini telahpun mempunyai cucu yang sering disalah anggap sebagai anak mereka.
Menurut Mirror UK, Jenni Medlam, 34 dan suami, Richard, 35 teruja menerima kehadiran cahaya mata kepada anak perempuan mereka pada Jun.
ARTIKEL MENARIK:Seronok Cuti Panjang, 8OO Pelajar DiIaporkan Tak Mahu Ke Sekolah Kerana Dah Menikah Dan Bekerja
Jenni sendiri dikatakan telah melahirkan anak perempuannya pada usia 17 tahun. Tambah portal itu, dia menyokong anaknya yang disahkan hamil pada usia 16 tahun.
Pun begitu, Jenni mendakwa orang ramai seringkali menyalah anggap bayi tersebut sebagai anak mereka.
“Bila kami bawa Isla (bayi) keluar, semua fikir dia anak kami,” kata Jenni.
“Bila kami jelaskan ini adalah cucu kami, terkejut mereka. Ramai tak percaya,” tambahnya.
Lapor Mirror UK, pasangan itu pada awalnya terkejut ketika mendapat tahu anak mereka hamil pada usia 16 tahun. Pun begitu, mereka kemudiannya menerima khabar tersebut dan bersedia menerima peranan baru.
“Saya nenek dan Richard datuknya. Jadi datuk dan nenek pada usia muda bermakna anda ada lebih masa untuk menyayangi cucu.
“Dan mungkin kami sempat dapat cicit juga,” katanya.
Sumber: Mirror UK via Siakap Keli
Post a Comment