Pesuruhjaya Warisan Negara, Mohd Azmin Mohd Yusof dalam sesi sidang media hari ini memaklumkan, sebuah rangka manusia pra sejarah berjaya ditemui di Bukit Keteri, Perlis.
Menurut Mohd Azmin, rangka tersebut dipercayai telah berusia lima hingga 10 ribu tahun. Turut ditemui, serpihan-serpihan rangka di Bukit Keteri, hasil eksplorasi Jabatan Warisan, Kerajaan Negeri Perlis dan Persatuan Pendaki Negeri Perlis.
ARTIKEL MENARIK:Bunuh ibu bapa: Penganggur diperintah jalani ujian mental sebulan
Lakaran dinding gua dari peninggalan pra sejarah turut ditemui di Gua Semadong, memetik pernyataan Mohd Azmin dalam sidang media hari ini. Lakaran tersebut dikatakan memiliki ciri pengaruh Hindu-Buddha pada sekitar abad keempat dan kelima.
“Dari lukisan-lukisan itu kita boleh nampak gambaran naagin, iaitu ular serta gambaran gajah, lembu dan mawas.
“Itu adalah bukti-bukti terbaru, selain yang kita temui di Lembah Bujang dan Kelantan,” jelas Mohd Azmin.
Tambahnya, penemuan terbaru ini amat penting untuk merangka semula kronologi sejarah yang terputus. Proses untuk mewartakan kawasan penemuan pra sejarah ini sebagai pusat perlancongan baharu di Perlis akan dipertimbangkan kelak.
Menurut Mohd Azmin, kemungkinan besar lebih banyak lagi kawasan penemuan pra sejarah itu akan diteroka lebih lagi dengan kerjasama persatuan-persatuan dan bantuan institusi pengajian tinggi yang lebih pakar dalam bidang arkeologi.
Sumber: Astro Awani via Siakap Keli
Post a Comment