Pelakon yang popular dengan drama Nur Kasih, Tiz Zaqyah meluahkan rasa berang terhadap selebriti yang menyembunyikan status COVID-19 mereka.
Persoal Selebriti Sembunyi Status Covid-19
ARTIKEL MENARIK:“But*h!” – Diva AA Beri Reaksi Terhadap Dakwaan Perkahwinan Erra Fazira & Faizal Azumu
Menerusi laman Twitter, pelakon ini turut mempersoalkan tindakan para selebriti tersebut yang bertindak menyembunyikan status mereka yang pernah dijangkiti wabak berkenaan
“Rupanya ramai celebrity pernah kena covid tapi sorok. Like why? Lol”- ujar Tiz
via Twitter
Tambahnya lagi , para selebriti seharusnya mendidik dan menjadikan isu tersebut sebagai satu kesedaran.
“You’re supposed to educate and be the awareness. Pasal covid nak malu pulak.
Kau punya stupid controversy kau bangga pulak.”- tegas Tiz
Sehingga kini ciapan tersebut telah mendapat hampir 14 ribu tanda suka selain diulangkicau lebih dari 7 ribu pengguna laman Twitter.
Rita Rudaini Persoal Isu Sama
Semalam, Murai.my melaporkan bahawa pelakon jelita Rita Rudaini turut mempersoalkan isu yang sama. Jelas Rita, dia mendapat info bahawa terdapat selebriti yang enggan pergi ke hospital dan memakai gelang berwarna merah jambu dan melarikan diri ke Kuala Lumpur.
“Dengar khabar, ada artis yang taknak pergi hospital dan taknak pakai gelang pink..lari balik KL. Mana tanggungjawab pada orang keliling?- tulis Rita
Kredit -Murai MY.
Post a Comment