Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Salleh memohon pada pihak tertentu untuk menghentikan ‘drama’ di antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida(DSV) dengan bekas pembantu peribadinya (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli.
“Drama Begitu Zaman Kita Menonton Opah Atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu Dulu Bolehlah”-Izwan
ARTIKEL MENARIK:Netizen Pelik, Senario Jarang Dijemput Sebagai Juri Program Lawak. Saiful Apek Beri Jawapan ‘Win’
Menerusi laman Twitter, bekas pembaca berita TV3 ini menyifatkan drama sebegitu hanya dilayan pada era menonton drama popular Opah dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu sahaja.
“Saya minta sangat-sangatlah media-media tertentu ni hentikan drama Iqbal dan DS Vida ni. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu bolehlah.
Ini dah tahun 2021! Takkan mentaliti kita tahap itu sahaja weyh?”- pesan Izwan
via Twitter
Ada Faktor Pembelian Ruang Berita Untuk Menjual Cerita
Tambah Izwan lagi, dia turut mendedahkan terdapat faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada untuk menjual cerita sebegitu.
“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual, dijaja tapi come on!
Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?”-Soal Izwan lagi
via Twitter
Beri Pesanan Pada Peminat ‘Cerita Sampah’
Tegas Izwan, dia memberikan pesanan buat mereka yang mengikuti perkembangan kedua-dua figura tersebut tidak akan mendapat sebarang kebaikan waima kelebihan.
“Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia tu, ketahuilah, mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu Caprice atau Floor 88 ke,
tak letak nasi dalam pinggan kita, tak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik, kita dapat apa? Otak makin layu..”- kata Izwan
Terdahulu, Murai.my melaporkan bahawa DSV akui telah terkena buatan sihir daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Dia turut menegaskan bahawa ianya bukan lakonan selain meminta ustaz yang merawatnya mengesahkan perkara tersebut.
Kredit - Murai MY.
Post a Comment